Utusan Borneo (Sabah)

Bandar Meru Raya selamat dikunjungi: Bomba

JBPM telah menjalanka­n proses sanitasi menyeluruh di semua kawasan awam serta premis berkaitan

-

“Jangan bimbang kerana tindakan telah dilaksanak­an di semua kawasan yang dinyatakan bagi memutuskan ” rantaian wabak COVID-19.

IPOH: Bandar Meru Raya di sini selamat dikunjungi kerana Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak telah menjalanka­n proses sanitasi menyeluruh di semua kawasan awam serta premis berkaitan susulan kes ‘mak cik degil gelang pink’, kata Pengarahny­a Azmi Osman.

Beliau berkata sanitasi dilakukan berdasarka­n pergerakan wanita itu yang melibatkan beberapa kawasan dan premis.

“Jangan bimbang kerana tindakan telah dilaksanak­an di semua kawasan yang dinyatakan bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Korban Persatuan Suri dan Anggota Bomba Wanita Perak Bersama Nation Of Woman Perak serta Kempen Keselamata­n Kebakaran di Balai Bomba Meru Raya di sini semalam.

Pada masa sama, sebagai langkah berjaga-jaga beliau meminta mana-mana pihak yang mengetahui tentang pergerakan wanita tersebut agar melaporkan kepada

JBPM Perak.

Pada 21 Julai lalu, foto seorang wanita yang dipercayai melanggar perintah pengawasan dan pemantauan di rumah, tular menerusi media sosial sehingga mencetuska­n kebimbanga­n orang ramai.

Foto wanita itu yang sedang makan di sebuah kafe di Bandar Meru Raya di sini jelas menunjukka­n gelang tangan berwarna merah jambu di tangan kanannya yang menandakan dia di bawah perintah kuarantin COVID-19.

Wanita itu kini dilaporkan sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Sementara itu, mengulas mengenai persediaan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Azmi berkata antara langkah awal yang akan dilaksanak­an ialah khidmat nasihat mengenai keselamata­n kepada pengusaha hotel dan inap

Azmi Osman Pengarah JBPM

desa yang dijangka menjadi tumpuan orang awam ketika PRK berkenaan.

Selain itu, JBPM Perak juga akan melaksanak­an proses sanitasi di kawasan penginapan dan lokasi tumpuan seperti kedai makan bagi mengekang jangkitan COVID-19, dan kesemua langkah terbabit akan dilaksanak­an selewat-lewatnya minggu depan, katanya.

PRK DUN Slim diadakan susulan kematian penyandang Datuk Mohd Khushairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lalu.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 Ogos ini sebagai tarikh pengundian manakala 15 Ogos bagi penamaan calon dan 25 Ogos untuk pengundian awal. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Pengerusi Nation Of Women (NOW) Haniza Mohd Talha (dua kanan) menyerahka­n daging korban kepada wakil pelajar Ma’ahad Tahfiz Al-Quran dan Akademik Bakip, Nor Atiqah Syuhaidah Abdul Rahman (dua kiri) pada Majlis Korban Persatuan Suri dan Anggota Bomba Wanita Perak Bersama Nation Of Women (NOW) Perak Serta Kempen Keselamata­n Kebakaran di Balai Bomba Meru Raya, Ipoh semalam. Turut sama Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Azmi Osman (tiga kiri).
— Gambar Bernama TERIMALAH: Pengerusi Nation Of Women (NOW) Haniza Mohd Talha (dua kanan) menyerahka­n daging korban kepada wakil pelajar Ma’ahad Tahfiz Al-Quran dan Akademik Bakip, Nor Atiqah Syuhaidah Abdul Rahman (dua kiri) pada Majlis Korban Persatuan Suri dan Anggota Bomba Wanita Perak Bersama Nation Of Women (NOW) Perak Serta Kempen Keselamata­n Kebakaran di Balai Bomba Meru Raya, Ipoh semalam. Turut sama Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Azmi Osman (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia