Utusan Borneo (Sabah)

Tiga kali gajah ‘singgah’ di gerai: Peniaga buah

-

KOTA TINGGI: Seorang peniaga wanita kerugian hampir RM2,000 selepas buah-buahan dan gerai miliknya dirosakkan oleh gajah liar sebanyak tiga kali dalam tempoh seminggu.

Kejadian serangan gajah liar di sebuah gerai di Batu 6 Perani, Kota Tinggi, malam kelmarin yang menjadi tular di media sosial adalah kali ketiga dialami peniaga buah-buahan, Sumini Rebo.

Sumini, 52, berkata kejadian itu berlaku kirakira jam 8.30 malam dan kehadiran gajah berkenaan disedari oleh seorang pelanggan di gerainya.

“Saya tidak perasaan gajah ada berhampira­n gerai saya. Pelanggan yang membeli buah-buahan di gerai saya yang beritahu ada dua gajah dekat gerai saya. Bimbang dengan keselamata­n, saya dan pelanggan terus lari menyelamat­kan diri,” kata Sumini ketika ditemui Bernama di tapak gerainya, semalam.

Menurutnya, insiden pertama serangan gajah berlaku pada Isnin lalu dan disusuli kejadian kedua pada hari berikutnya.

“Dalam kedua-dua kejadian lepas, ia (gajah) hanya datang memakan buah-buahan sahaja di gerai pada lewat malam (kira-kira jam 11 malam) tetapi malam tadi (malam kelmarin), ia bukan setakat memakan buah tembikai malah bertindak agresif sehingga merosakkan sebahagian gerai saya.

“Saya berharap kerajaan akan bertindak segera mengatasi isu serangan gajah ini demi keselamata­n kami peniaga di sini,” katanya.

Malam kelmarin, tular di media sosial beberapa rakaman video yang memaparkan seekor gajah berkeliara­n di jalan raya di Kota Tinggi, pada waktu puncak dan menyebabka­n pengguna jalan raya terpaksa memperlaha­nkan kenderaan demi keselamata­n.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor, Salman Saaban, ketika dihubungi, berkata pihaknya percaya bahawa gajah dalam insiden malam kelmarin adalah gajah yang sama menyerang seorang pengawal keselamata­n hingga maut pada 27 Julai lepas.

“Berdasarka­n jejak dan ukuran saiz tapak kaki gajah berkenaan yang menyerang gerai buah itu, kami syaki ia adalah gajah yang sama menyerang pengawal berkenaan.

“Justeru itu, pengguna jalan raya dinasihatk­an jika terserempa­k dengan gajah di laluan Kota TinggiMers­ing, berilah keutamaan untuk ia lalu (melintas) dan tidak mengambil gambar dan video kerana ini akan mengganggu haiwan berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia