Utusan Borneo (Sabah)

Pasar buku di Rumah Bahasa setiap Sabtu

-

BADAN Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) akan mengadakan pasar buku setiap sabtu di rumah BAHASA, Lorong 7, Taman Jumbo, bermula Ogos ini sempena sambutan Festival Penulis Sabah Ke-9 2020.

Presiden BAHASA Datuk Jasni Matlani berkata, pasar buku berkenaan bukan sahaja memberi peluang kepada para penulis memasarkan buku mereka tetapi juga mengimarah­kan perkembang­an industri buku di Sabah.

“Selain itu ia juga memberi ruang kepada masyarakat mendapatka­n buku-buku yang baharu dan juga bukubuku yang terpakai hasil Karya penulis Malaysia, dan juga Indonesia.” katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n kepada media di sini.

Jasni yang juga penerima SEA Write Award 2015 berkata, buku-buku itu boleh dibeli pada harga istimewa dengan potongan harga sehingga 70 peratus.

“lnilah pertama kali pasar buku seumpamany­a diwujudkan di negeri ini dan bagi Fasa pertama ia akan berlangsun­g bermula bulan Ogos sehingga Oktober 2020. Ia akan diadakan setiap hari sabtu, dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang,” katanya.

Menururt, BAHASA juga sedang merancang agar beberapa acara diadakan sempena pasar buku ini seperti acara bicara buku, pembacaan puisi santai dan sebagainya.

“Jika pasar buku ini mendapat sambutan, ia akan terus dilaksanak­an sepanjang tahun dan tentulah penambahna­ikan akan dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya.

Justeru itu Jasni mengaku-alukan masyarakat yang berada di sekitar Kota Kinabalu khususnya agar datang di pasar buku ini dan mendapatka­n pelbagai buku pada harga yang bersesuaia­n.

“Sesiapa sahaja yang berminat dan suka buku dipelawa untuk mendapatka­n bukubuku menarik hasil karya penulis terkenal di pasar buku ini. Jangan lepaskan peluang dan kita juga menyediaka­n SOP untuk mencegah penularan virus COVID-19 untuk pelanggan yang datang di samping menggalakk­an mereka memakai pelitup muka,” katanya.

 ??  ?? JASNI
JASNI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia