Utusan Borneo (Sabah)

Bursa Malaysia rai broker dan pengantara pasaran terbaik

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) Khamis lepas menganjurk­an edisi ketujuh Anugerah Kecemerlan­gan Bursa 2019 bagi meraikan broker dan pengantara pasaran yang berprestas­i tinggi.

Bertemakan ‘Bangkit kepada Cabaran ‘, majlis tersebut mengiktira­f broker dan pengantara pasaran yang berprestas­i tinggi yang telah melakukan usaha terbaik sehingga menyumbang kepada pertumbuha­n di seluruh sekuriti, derivatif dan pasaran Islam pada 2019.

Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata anugerah ini meraikan pencapaian yang cemerlang bagi organisasi dan individuya­ngmemainka­n peranan penting dalam merangsang tenaga dan dinamisme pasaran.

“Melihat kepada keadaan yang mencabar pada 2019, pasaran ekuiti tempatan masih mampu untuk kekal secara positif, didorong oleh usaha gabungan kami bagi merangsang lebih banyak keaktifan dan kecairan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Abdul Wahid, Pelaburan Runcit Tahun 2019 mencermink­an kejayaan yang gemilang dengan pertumbuha­n dalam penyertaan runcit mencapai rekod tertinggi yang belum pernah disaksikan semenjak 2010.

“Pasaran ETF (Dana Dagangan Bursa) di Malaysia juga menyaksika­n pertumbuha­n yang besar dalam aktiviti perdaganga­n berikutan penerbitan 10 ETF baharu pada tahun lepas, menggandak­an bilangan ETF tersenarai dalam bursa kepada 19,” katanya.

Sejumlah 47 anugerah dalam 21 kategori telah diberikan semasa majlis tersebut.

Pada tahun ini, dua kategori anugerah baharu telah ditambah, yang pertama merupakan ‘Best High Touch Foreign Institutio­nal Participat­ing Organisati­on’ bagi mengiktira­f usaha aktif broker asing untuk membuat profil dan mempromosi­kan Malaysia serta syarikat tersenarai awam Malaysia kepada profesiona­l pelaburan belian antarabang­sa dan tempatan.

Yang kedua adalah ‘Best Bursa MidS Research House’ untuk mengiktira­f firma penyelidik­an yang telah banyak menyumbang ke arah kejayaan ‘Bursa MidS Research Scheme’ dalam memangkin penyertaan pelabur dalam segmen pertumbuha­n tinggi permodalan kecil dan pertengaha­n. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia