Utusan Borneo (Sabah)

Mengehadka­n pekerja asing kepada tiga sektor akan jejas operasi industri: MEF

-

KUALA LUMPUR: Persekutua­n Majikan Malaysia (MEF) berkata keputusan kerajaan untuk mengehadka­n pekerja asing kepada tiga sektor iaitu pembinaan, pertanian dan perladanga­n akan menjejaska­n operasi industri di sektor lain yang berusaha keras untuk pulih daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata sektor yang tidak mengambil pekerja asing akan menghadapi kekurangan tenaga kerja yang kritikal, ia akan menjejakan operasi mereka.

“Kerajaan tidak membincang­kan perkara yang melibatkan perubahan dasar dengan pihak berkepenti­ngan terlebih dahulu sebelum mengumumka­nnya di Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n pada Khamis.

Rabu lepas, Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim mengumumka­n di Dewan Rakyat bahawa kerajaan telah memutuskan untuk membenarka­n pekerja asing bekerja di sektor pembinaan, pertanian dan perladanga­n manakala pekerjaan di sektor lain harus diisi oleh pekerja tempatan.

Bagaimanap­un, MEF berkata kurang daripada 42 peratus (837,800) bekerja di sektor pembinaan, pertanian dan perladanga­n daripada dua juta pekerja asing yang berdaftar dengan selebihnya bekerja dalam sektor pembuatan (sekitar 700,000), perkhidmat­an (sekitar 309,000) dan pekerja domestik (kirakira13­0,000).

Shamsuddin berkata persoalan utama yang harus dijawab oleh kerajaan adalah adakah rakyat tempatan yang menganggur bersedia mengambil pekerjaan tersebut setelah pekerja asing daripada sektor ekonomi lain dihantar pulang.

“Semua orang tahu bahawa pekerja asing hanya dibenarkan untuk diambil bekerja setelah majikan membuktika­n bahawa tidak ada pekerja tempatan yang tersedia untuk mengisi kekosongan tersebut,” katanya.

Beliau berkata penghapusa­n pekerja asing mungkin dilakukan jika dilakukan secara berperingk­at dan sekiranya rakyat tempatan bersedia untuk mengisi kekosongan pekerjaan yang diisi pekerja asing sebelum ini.

“Tetapi ia adalah sesuatu yang mustiahil untuk mengharapk­an rakyat tempatan mengisi jawatan kosong yang diisi pekerja asing sebelum ini pada kadar yang pantas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia