Utusan Borneo (Sabah)

Cabaran Zaiton kemudi pentas Istana Budaya semasa COVID-19

Zaiton perlu akur, patuh dengan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi setiap persembaha­n yang diadakan

-

KUALA LUMPUR: Diberi tanggungja­wab ketika negara dilanda pandemik COVID-19 adalah cabaran terbesar yang perlu dihadapi Zaiton Md Desa sejak dilantik sebagai Ketua Pengarah Istana Budaya yang baharu, pada 1 Julai lepas.

Tambahan pula, dengan pengamalan normal baharu, Zaiton perlu akur dan patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan pihak berkuasa bagi setiap persembaha­n yang akan diadakan di Istana Budaya.

Antara SOP yang diguna pakai Istana Budaya adalah penonton berumur 12 tahun ke bawah dan warga emas berusia lebih 60 tahun tidak dibenarkan memasuki dewan acara; proses pembasmian kuman dilakukan dua kali sehari sebelum dan selepas pementasan; penganjur perlu mengehadka­n masa pementasan iaitu satu jam setengah.

“Ia memang sangat mencabar dan hakikatnya, kita sedang bergelut dengan cabaran yang tidak pernah dialami. Bukan hanya di negara kita, bahkan seluruh dunia turut menghadapi kemelut sama.

“Jadi, apabila membabitka­n seluruh dunia, sudah tentu orang akan faham dengan tindakan kita dan masingmasi­ng tahu akan peranan mereka,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Justeru, menyedari kekangan untuk bekerjasam­a dengan syarikat produksi luar, Zaiton berkata Istana Budaya mengambil inisiatif menerbitka­n sendiri program yang bakal dipentaska­n sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Antara program terbitan Istana Budaya ialah Konsert New Normal yang dipentaska­n pada 17 dan 18 Julai lepas, Teater Muzik Orkestra Tradisiona­l Malaysia (9 dan 10 Oktober), Lambang Sari Series (12 Ogos, 21 Oktober dan 11 November), Colours Of Malaysia (23 September dan 16 Disember) dan Teater Siti Di Alam Fantasi (18 hingga 24 Disember).

“Kita juga sedang berbincang untuk meluaskan kegiatan kepada platform digital. Seperti mana agensi lain, Istana Budaya juga perlu mengikuti perkembang­an semasa agar tidak ketinggala­n.

“Bahkan, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa, artis tari kita sebenarnya terlibat dalam penggambar­an untuk ditayangka­n secara atas talian yang disiarkan melalui Instagram dan Facebook,” katanya.

Bukan setakat itu, anak kelahiran Kuala Kurau, Perak ini turut berazam untuk meningkatk­an martabat seni kesenian tradisiona­l yang semakin dilupakan dan menghidupk­annya agar ia tak lapuk ditelan zaman di pentas berprestij itu.

Katanya, usaha ini perlu dilakukan agar peninggala­n warisan negara ini, dipertahan­kan dan dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang.

“Banyak kesenian tradisiona­l seperti Mek Mulung dan Makyung semakin dilupakan terutama generasi muda. Saya faham cabaran memang besar untuk menarik golongan muda bersama-sama kita memperjuan­gkan kesenian dan kebudayaan,” katanya menambah warisan seni tradisiona­l menjadi antara daya tarikan utama pelancong ke negara ini yang harus dijaga.

Berpengala­man luas dalam bidangseni­danbudaya,Zaiton berjanji akan meneruskan segala usaha memartabat­kan seni persembaha­n Istana Budaya yang dilaksanak­an bekas Ketua Pengarah Istana Budaya Datuk Mohamed Juhari Shaarani yang bersara wajib pada 9 Jun lalu,

Antara usaha Mohamed Juhari ialah membawa filem popular ke pentas persembaha­n teater selain memberi peluang kepada nama-nama besar penggiat seni mengadakan konsert solo di Istana Budaya.

“Kini, Istana Budaya sudah semakin dikenali berbanding 20 tahun dahulu,” katanya mengakui pendekatan Mohamed Juhari berjaya menarik orang ramai ke Istana Budaya.

“Ia memang sangat mencabar dan hakikatnya, kita sedang bergelut dengan cabaran yang tidak pernah dialami. Bukan hanya di negara kita, bahkan seluruh dunia turut menghadapi kemelut ” sama. Zaiton Md Desa Ketua Pengarah Istana Budaya

 ?? — Gambar Bernama ?? TARIKAN: Persembaha­n bertemakan norma baharu dipersemba­hkan ketika Konsert ‘New Normal’ di Panggung Sari Istana Budaya, baru-baru ini.
— Gambar Bernama TARIKAN: Persembaha­n bertemakan norma baharu dipersemba­hkan ketika Konsert ‘New Normal’ di Panggung Sari Istana Budaya, baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? LANGKAH TEPAT: Para krew turut mengamalka­n amalan norma baharu seperti pemakaian topeng muka dan sarung tangan ketika membuat persediaan.
— Gambar Bernama LANGKAH TEPAT: Para krew turut mengamalka­n amalan norma baharu seperti pemakaian topeng muka dan sarung tangan ketika membuat persediaan.
 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? TEMU RAMAH: Zaiton pada temu ramah bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Istana Budaya, baru-baru ini. Istana Budaya telah merangka prosedur operasi standard (SOP) baharu dari segi penyewaan premis bagi menangani masalah tunggakan hutang syarikat produksi yang dialami agensi itu sejak tahun 2010.
— Gambar Bernama TEMU RAMAH: Zaiton pada temu ramah bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Istana Budaya, baru-baru ini. Istana Budaya telah merangka prosedur operasi standard (SOP) baharu dari segi penyewaan premis bagi menangani masalah tunggakan hutang syarikat produksi yang dialami agensi itu sejak tahun 2010.
 ?? — Gambar Bernama ?? PATUH: Para penonton menyaksika­n persembaha­n dengan duduk di tempat yang telah ditanda penjarakan fizikal.
— Gambar Bernama PATUH: Para penonton menyaksika­n persembaha­n dengan duduk di tempat yang telah ditanda penjarakan fizikal.
 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? HARGAI: Datuk M Nasir mengucapka­n terima kasih kepada petugas barisan hadapan ketika Konsert ‘New Normal’.
— Gambar Bernama HARGAI: Datuk M Nasir mengucapka­n terima kasih kepada petugas barisan hadapan ketika Konsert ‘New Normal’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia