Utusan Borneo (Sabah)

Osimhen sah sertai Napoli

-

ROM: Victor Osimhen telah menandatan­gani kontrak dengan Napoli selepas kelab Serie A itu membuat bayaran sebanyak 80 juta euro (RM400 juta) untuk memecah rekod kelab bagi mendapatka­n penyerang Nigeria itu dari kelab di Perancis, Lille.

Sumber dari Lille yang tahu tentang perpindaha­n itu memberitah­u AFP bahawa pasukan Ligue 1 itu akan menerima 70 juta euro (RM350 juta) dengan bayaran tambahan yang berpotensi bernilai 10 juta (RM50 juta).

Angka itu kemudian disahkan oleh presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis, kepada akhbar Gazzetta dello Sport, yang turut melaporkan taikun perfileman itu sebagai berkata Osimhen sudah menandatan­gani kontrak selama lima tahun bersama kelab di Itali itu.

“Sebanyak 70 juta euro akan dibayar dalam tempoh lima tahun dengan bonus berjumlah 10 juta euro menurut keputusan tertentu,” Gazzetta melaporkan De Laurentiis sebagai berkata.

“Kontraknya akan bermula pada jumlah empat juta euro (RM20 juta) setahun dan akan meningkat secara berperingk­atperingka­t kepada 4.5 juta euro (RM22.5 juta) pada hujung kontrak.”

Bayaran keseluruha­n akan menjadikan Osimhen, 21 tahun, salah seorang pemain paling mahal dalam sejarah Serie A, dan hampir menggandak­an rekod kelab Napoli sebelum ini sekitar 40 juta euro (RM200 juta) yang dibayar untuk Gonzalo Higuain pada 2013 dan Hirving Lozano pada tahun lepas.

Penghijrah­annya ke Napoli telah dilaporkan dengan meluas selama berminggu-minggu, tetapi De Laurentiis memberitah­u Gazzetta bahawa perpindaha­n itu tergendala disebabkan oleh pemecatan dua orang ejen oleh Osimhen yang seterusnya melantik ejen baharu.

Osimhen menjaringk­an 18 gol pada musim lepas dan merupakan salah seorang pemain baharu yang cemerlang dalam kempen yang terbatas di Perancis dengan 13 gol dalam Ligue 1.

Perpindaha­n itu akan menyaksika­n Lille sekali lagi mengaut keuntungan besar bagi seorang pemain selepas mendapat £72 juta (RM432 juta) dari pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal untuk Nicolas Pepe.

Napoli akan bermain dalam perlawanan terakhir mereka pada musim ini menentang Lazio dengan pengetahua­n bahawa mereka akan menduduki tempat ketujuh dalam Serie A.

Mereka sudah layak ke peringkat kumpulan Liga Europa selepas memenangi Piala Itali.

 ??  ?? OSIMHEN
OSIMHEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia