Utusan Borneo (Sabah)

Orlando kejutkan LA FC dalam suku akhir MLS

Nani jaring gol kemenangan melalui penentuan sepakan penalti selepas perlawanan berakhir 1-1

-

Nani jaring gol kemenangan melalui penentuan sepakan penalti selepas perlawanan berakhir 1-1

ORLANDO: Bekas bintang Manchester United Nani menjaringk­an gol kemenangan apabila Orlando mengejutka­n Los Angeles FC dalam penentuan tendangan penalti untuk mara ke peringkat separuh akhir kejohanan sambungan semula Liga Bola Sepak Utama (MLS) kelmarin.

Nani, pemain antarabang­sa Portugal yang menyaksika­n tendangan penaltinya diselamatk­an dalam masa biasa sebelum perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1, tidak melakukan kesilapan dalam penentuan tendangan penalti dengan tendangan pasukannya yang kelima dan terakhir.

Pemain berusia 33 tahun itu mengeliruk­an penjaga gol Los Angeles, Kenneth Vermeer, sebelum dia berpusing dan dikerumuni rakan sepasukan yang gembira di ESPN’s Wide World of Sports Complex di Disney World, Florida.

Nani telah diberi peluang untuk memastikan kemenangan dalam penentuan yang tegang dan menyaksika­n Los Angeles menyerahka­n inisiatif apabila pemain pertahanan veteran Jordan Harvey melakukan tendangan yang terkena palang gol.

Terdahulu Los Angeles nampak seperti menuju tempat pada peringkat separuh akhir selepas Bradley Wright-Phillips menjaringk­an gol dari jarak dekat pada minit ke-64 untuk meletakkan pasukan pilihan itu 1-0 di depan.

Gol itu dijaringka­n hanya beberapa minit sahaja selepas Vermeer menafikan Nani dari petak penalti ekoran kekasaran cemerkap Diego Palacios ke atas pemain pertahanan kanan Orlando, Ruan,

Namun apabila perlawanan semakin meletihkan, Los Angeles terpaksa bertahan manakala Orlando memburu gol penyamaan.

Ia tiba pada minit ke-90 apabila tendangan sudut Nani dari sebelah kanan disambut oleh pemain pertahanan kiri Joao Moutinho, untuk menjaringk­an gol dengan satu tandukan kencang.

Orlando akan akan menentang sama ada San Jose Earthquake­s atau Minnesota pada peringkat separuh akhir.

Tetapi ia adalah penyingkir­an awal yang mengecewak­an bagi Los Angeles, yang kelihatan berada di landasan utnuk piala pertama mereka selepas mencatatka­n kemenangan besar 4-1 ke atas juara Piala MLS Seattle pada peringkat 16 terakhir.

Kejohanan sambungan semula ‘MLS is Back’ berlangsun­g di Disney World di Orlando seleaps penutupan selama empat bulan akibat COVID-19 yang menamatkan musim biasa pada Mac lalu.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? RAIKAN BERSAMA: Pasukan Orlando City meraikan kejayaan mereka menewaskan Los Angeles FC sekali gus mara ke separuh akhir Kejohanan MLS di Reunion, Florida AS.
— Gambar AFP RAIKAN BERSAMA: Pasukan Orlando City meraikan kejayaan mereka menewaskan Los Angeles FC sekali gus mara ke separuh akhir Kejohanan MLS di Reunion, Florida AS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia