Utusan Borneo (Sabah)

Tambadau Sabah teruskan saingan menentang Terengganu FC

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Jadual terbaharu Liga Super menyaksika­n skuad Tambadau Sabah akan meneruskan cabaran menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada 27 Ogos ini.

Perlawanan itu adalah antara baki tujuh perlawanan skuad bimbingan Kurniawan Dwi Yulianto selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memutuskan saingan Liga Super yang tergendala oleh krisis COVID-19 sejak Mac lalu diteruskan dengan hanya liga satu pusingan sahaja.

Pertemuan dengan Terengganu FC itu adalah antara empat perlawanan yang akan diharungi Tambadau Sabah di tempat lawan manakala tiga perlawanan lagi akan berlangsun­g di gelanggang sendiri di Stadium Likas.

Balik dari Terengganu, Tambadau Sabah akan melayani kunjungan Selangor di Stadium Likas pada 1 September sebelum bertandang semula ke gelanggang lawan untuk dua perlawanan berturut-turut iaitu menentang PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 6 September dan Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 9 September.

Seterusnya Sabah akan menentang Melaka di Stadium Likas pada 14 September dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebelum melengkapk­an jadual Liga Super musim ini menentang UiTM FC di Stadium Likas pada 22 September.

MFL bagaimanap­un mengumumka­n bahawa semua perlawanan Liga Super dan Liga Premier akan dilangsung­kan tanpa kehadiran penonton dan pasukan perlu mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakka­n risiko COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan berkata, format untuk naik taraf dan penyingkir­an pasukan dikekalkan selepas saingan liga tamat iaitu dua pasukan teratas Liga Premier akan naik ke Liga Super manakala dua pasukan tercorot Liga Super akan turun ke Liga Premier musim berikutnya.

Sambil itu skuad Tambadau Sabah telah kembali menjalani latihan penuh sejak pertengaha­n bulan lalu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Peter Anthony, yakin Tambadau Sabah akan bersedia sepenuhnya meneruskan cabaran untuk cuba mencapai kedudukan yang boleh dibanggaka­n.

Tambadau Sabah yang juga muka baharu dalam Liga Super selepas juara Liga Premier musim lalu telah mengumpul lima mata dari empat perlawanan sebelum saingan ditangguhk­an Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia