Utusan Borneo (Sabah)

Sheffield Wednesday akan dipotong 12 mata

-

LONDON: Sheffield Wednesday akan dipotong 12 mata bagi musim Liga Kejuaraan 2020-21 selepas didapati bersalah melanggar peraturan kewangan Liga Bola Sepak Inggeris (EFL).

Sebuah panel bebas memutuskan bahawa kelab itu tidak sepatutnya memasukkan keuntungan daripada penjualan Stadium Hillsborou­gh milik kelab itu kepada pemilik Dejphon Chansiri dalam penyata kewangan bagi tempoh yang berakhir pada Julai 2018.

Penjualan itu membantu Wednesday kekal dalam peraturan keuntungan dan kelestaria­n EFL yang menyatakan pasukan Liga Kejuaraan dibenarkan untuk mengalami kerugian maksimum £39 juta (RM234 juta) selama tiga tahun.

Wednesday berkata mereka ‘amat kecewa sekali’ dengan keputusan itu tetapi mengalualu­kan keputusan untuk tidak mengenakan denda bagi musim 2019/20 yang baharu sahaja selesai, yang bermakna mereka akan diturunkan ke Liga Satu.

Pasukan ‘The Owls’ itu menduduki tempat ke-16 dalam Liga Kejuaraan, lapan mata di atas zon relegasi.

“Sebuah suruhanjay­a disiplin bebas, yang dilantik di bawah peraturan EFL, memutuskan bahawa Sheffield Wednesday akan menerima pemotongan 12 mata kerana melanggar peraturan keuntungan dan kelestaria­n liga bagi tempoh laporan tiga musim yang berakhir dengan musim 2017-18,” satu kenyataan EFL menyebut.

“Hukuman sukan itu akan berkuatkua­sa pada musim 2020-21.”

Wednesday didapati tidak bersalah melanggar “kewajipan mereka untuk menunjukka­n niat yang amat baik sekali kepada EFL dengan sengaja menyembuny­ikan maklumat”.

“Kelab amat kecewa sekali kerana suruhanjay­a telah mengenakan pemotongan 12 mata untuk berkuatkua­sa pada musim akan datang dan menunggu sebab bertulis bagi keputusan ini,” Wednesday menyebut dalam satu kenyataan.

Wigan diturunkan ke Liga Satu selepas penalti 12 mata bagi mengistyti­harkan kebankrapa­n dikenakan ke atas kedudukan terakhir pada musim 2019/20.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia