Utusan Borneo (Sabah)

PKR Sabah kenal pasti calon PRN berpotensi

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah dalam proses mengenal pasti senarai calon berpotensi untuk diketengah­kan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Pengerusi PKR Sabah Datuk Christina Liew menjangkak­an nama calon dari seluruh negeri akan diterima selewat-lewatnya minggu hadapan untuk penelitian lanjut.

“Kita akan periksa latar belakang setiap nama calon termasuk pendidikan dan kedudukan kewangan mereka, kerana kali ini banyak faktor yang menjadi pertimbang­an,” katanya.

Christina berkata, semua senarai nama calon cadangan yang diterima akan dibincangk­an di peringkat PKR negeri terlebih dahulu.

“Seterusnya dikemukaka­n kepada peringkat atasan PKR Pusat, sebelum dibincangk­an bersama Pakatan Harapan (PH) untuk penentuan calon dan kerusi bertanding,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata selepas proses terbabit, senarai nama calon-calon terlibat akan dibawa untuk perhatian Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

Ditanya peluang PKR bertanding dalam 13 kerusi baharu yang akan diperkenal­kan pada PRN kali ini, penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api itu enggan mengulas lanjut.

“Masih terlalu awal untuk saya ulas mengenai perkara ini,” katanya, sambil berharap PKR akan membaiki prestasi mereka berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Menurutnya, pemilihan nama-nama calon bukan dilakukan PKR secara bersendiri­an tetapi akan melibatkan keputusan bersama semua parti gabungan diketuai Ketua Menteri.

Pada masa sama, beliau percaya semua pihak perlu bekerjasam­a sebagai satu pasukan yang penting untuk memenangi PRN dalam menentukan masa depan Sabah dan rakyat.

“PRN kali ini akan menjadi pilihan raya yang mencabar tetapi saya percaya rakyat sudah melihat (kerja-kerja yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri diterajui Shafie),” katanya.

BerhubungA­DUN-ADUN termasuk dari PKR yang menukar sokongan, Christina akui kesal dengan insiden itu, namun berharap situasi terbabit tidak akan memberikan kesan negatif.

Beliau percaya Shafie sudah membuat keputusan yang baik apabila memutuskan untuk membubarka­n Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menyerahka­n kepada rakyat memilih kerajaan dimahukan.

 ??  ?? SIAP SEDIA: Christina dan kepimpinan PKR Negeri yang mengadakan pertemuan bersama pemimpin-pemimpin PKR Inanam berharap parti itu akan memperbaik­i prestasi mereka pada PRN kali ini berbanding hanya menang tiga kerusi pada PRU ke-14.
SIAP SEDIA: Christina dan kepimpinan PKR Negeri yang mengadakan pertemuan bersama pemimpin-pemimpin PKR Inanam berharap parti itu akan memperbaik­i prestasi mereka pada PRN kali ini berbanding hanya menang tiga kerusi pada PRU ke-14.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia