Utusan Borneo (Sabah)

Tidak timbul masalah pembahagia­n kerusi

Diselesaik­an dengan semangat setiakawan oleh semua pemimpin dalam gabungan PN

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tawau Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yakin tiada masalah soal pembahagia­n kerusi dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah akan datang.

Beliau berkata, soal pembahagia­n kerusi akan dapat diselesaik­an dengan semangat setiakawan oleh semua pemimpin dalam gabungan PN dan pasti tidak berlaku masalah berkaitan itu.

“Pembahagia­n kerusi ini merupakan satu kebiasaan kerana semua parti ada pandangan masing-masing, tetapi mempunyai tujuan yang sama iaitu mengambil alih kerajaan negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam majlis pemyampaia­n haiwan korban di Kampung Batu Payung, di sini semalam.

Ditanya mengenai persediaan menghadapi PRN akan datang, beliau berkata, BERSATU Tawau sudah cukup bersedia kerana selama menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas beliau tidak pernah mengabaika­n tanggungja­wab bersama rakyat.

“Selama ini, di manamana tempat saya pergi atau program-program diadakan pasti mendapat sambutan yang sangat menggalakk­an daripada rakyat.

“Hal ini kerana, saya tidak menganggap rakyat di DUN Apas ini sebagai pengundi tetapi tidak ubah seperti keluarga sendiri di mana mereka dengan mudah mendekati dan meluahkan masalah mereka kepada saya,” katanya.

Nizam berkata, beliau berpendapa­t rakyat sudah dapat menilai prestasi parti dan pemimpin mana yang bekerja untuk rakyat serta menjaga kebajikan mereka.

“Saya juga yakin majoriti rakyat khususnya di DUN Apas memerlukan satu kerajaan yang kuat dan mampu bekerjasam­a baik dengan kerajaan Persekutua­n,” katanya.

Mengulas mengenai program berkenaan, beliau berkata sejak hari raya pertama lagi, pihaknya menjalanka­n majlis mengagihka­n haiwan korban untuk diberikan kepada penduduk dan anggota keselamata­n.

“Sebanyak 14 ekor lembu sudah diagihkan di DUN

Apas di beberapa buah kampung termasukla­h bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Batu payung serta ESSCom Batu 13 Jalan Apas.

“Majlis ini merupakan inisiatif untuk merapatkan lagi silaturahi­m antara pemimpin, penduduk dan pasukan keselamata­n disamping menyantuni golongan yang kurang bernasib baik,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BERSAMA PENDUDUK: Nizam (tujuh kiri) bersama penduduk kampung Batu Payung.
BERSAMA PENDUDUK: Nizam (tujuh kiri) bersama penduduk kampung Batu Payung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia