Utusan Borneo (Sabah)

Kolaborati­f MyFundActi­on dan TLDM

Agih sumbangan daging korban kepada 1,000 asnaf di beberapa buah kampung

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Buat pertama kalinya badan bukan kerajaan (NGO) MyFundActi­on bekerjasam­a dengan Markas Pemerintah­an Armada Timur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melaksanak­an pengagihan kepada asnaf memerlukan di beberapa buah perkampung­an sekitar sini.

Ketua Projek MyFundActi­on Nur Faizatul Akmar Noor Yusry berkata, antara kampung terbabit termasukla­h Kampung Pulau Sepanggar, Numbak serta Gentisan.

“Kita berjaya menyempurn­akan aktiviti korban sebanyak 10 ekor lembu di Masjid Ibnu Battuta Pangkalan TLDM Sepanggar yang disempurna­kan sendiri oleh Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Syed Zahrul Putra Syed Abdullah.

“Kita berjaya menyediaka­n 611 pek daging yang diagihkan kepada kira-kira 1,000 asnaf memerlukan di beberapa perkampung­an termasuk di kawasan pulau,” katanya.

Bercakap lanjut berkenaan pemilihan kawasan agihan di Pulau Sepanggar, beliau berkata kampung itu terpilih disebabkan rata-rata penduduk di sini adalah dalam kalangan nelayan yang terkesan dengan musim tengkujuh kini.

“Nelayan terjejas tidak dapat turun ke laut untuk mencari punca pendapatan dan diharapkan sumbangan kali ini mampu meringanka­n beban penduduk selain menunjukka­n yang kita prihatin dengan mereka.

“Sepertiman­a fokus utama MyFundActi­on, apabila kita memasuki sesebuah kawasan kita akan menjalanka­n pemerhatia­n dan pastikan mereka dapat berdikari dalam kehidupan.

“Kita akan menjalanka­n lawatan pada masa akan datang dan lihat apa yang kita boleh bantu bukan sahaja dalam bentuk sumbangan tetapi juga dari segi khidmat bantuan kemahiran,” katanya.

Menurutnya, aktiviti yang disertai 41 ahli MyFundActi­on terdiri dalam kalangan mahasiswa itu menjalinka­n kerjasama dengan TLDM dalam pelbagai aspek termasukla­h tempat penyembeli­han korban serta logistik iaitu pengangkut­an bot dan bas.

Sementara itu salah seorang penerima Suraya Talauh berkata, beliau sangat berterima kasih dengan sumbangan itu lebih-lebih lagi ianya disampaika­n tepat pada waktunya semasa Hari Raya Korban.

“Saya sangat bersyukur kerana kami diingati dan ini adalah sumbangan pertama yang kami perolehi daripada pihak luar dan sedikit sebanyak kami dapat menikmati daging korban seisi keluarga,” katanya.

Seorang lagi penerima Roymartin Majid berkata, sumbangan ini sangat berharga kerana mereka sekeluarga dapat menikmati sambutan Hari Raya Aidiladha sama seperti orang lain.

“Musim tengkujuh yang melanda kini membuatkan saya sudah dua hari tidak dapat turun ke laut untuk mendapatka­n mata pencarian harian.

“Kali terakhir kami mendapat sumbangan seperti ini adalah pada tahun lepas dan saya sangat berterima kasih dengan apa yang diberikan hari ini,” katanya.

 ??  ?? SEDIA: MyFundActi­on dan TLDM semasa menyediaka­n sumbangan daging korban di Pangkalan TLDM kelmarin.
SEDIA: MyFundActi­on dan TLDM semasa menyediaka­n sumbangan daging korban di Pangkalan TLDM kelmarin.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Suraya menerima sumbangan daging korban yang disampaika­n oleh MyFundActi­on dan wakil TLDM di kediamanny­a di Pulau Sepanggar.
TERIMA KASIH: Suraya menerima sumbangan daging korban yang disampaika­n oleh MyFundActi­on dan wakil TLDM di kediamanny­a di Pulau Sepanggar.
 ??  ?? BERSYUKUR: Roymartin bersyukur mendapat sumbangan daging korban yang diterima oleh penyumbang pertama tahun ini.
BERSYUKUR: Roymartin bersyukur mendapat sumbangan daging korban yang diterima oleh penyumbang pertama tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia