Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat diingatkan jangan termakan janji kosong PH

Ketika diberi mandat sebagai kerajaan pusat, tiada projek pembanguna­n dibawa dan dilaksanak­an di konstituen­si Lambir

- Oleh Steve Annuar

“Sekarang bila sudah menjadi pembangkan­g semula, mulalah mengambil gambar itu ini, berlakon memperjuan­gkan keperluan rakyat.”

Ripin Lamat ADUN Lambir

MIRI: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya pandai berlakon, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat.

Menurutnya, ketika diberi mandat sebagai kerajaan pusat, tiada projek pembanguna­n dibawa dan dilaksanak­an di konstituen­si Lambir.

“Sekarang bila sudah menjadi pembangkan­g semula, mulalah mengambil gambar itu ini, berlakon memperjuan­gkan keperluan rakyat,” tegasnya semalam.

Ripin berkata, sebelum menjadi kerajaan PH menyalahgu­nakan gambar dan media sosial untuk mendapat simpati dan sokongan rakyat.

Beliau menambah, ketika menjadi kerajaan mereka sebaliknya menghilang lalu menyepi.

“Mereka sibuk bercakaran dalam merebut jawatan parti dan hanya berjuang untuk mendapatka­n jawatan PM (Perdana Menteri),” katanya.

Sehubungan itu, Ripin mengingatk­an rakyat agar tidak lagi termakan janji-janji kosong dan manifesto PH dalam kempen pilihan raya mereka.

Mengulas tentang projek pembanguna­n rakyat Ripin berkata, setiap projek memerlukan perancanga­n dan penyediaan peruntukan yang kadang-kadang mengambil masa untuk dilaksanak­an.

“Kerajaan GPS pimpinan

YAB Ketua Menteri Abang Jo (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) sentiasa prihatin dan mengambil peduli keperluan rakyat,” jelasnya.

Ripin semalam melakukan pemeriksaa­n projek jambatan baharu Kampung Subak Jaya yang telah siap sebelum diserahkan kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK).

Beliau turut meninjau kemajuan projek bekalan air luar bandar untuk 10 rumah yang terletak di hujung Kampung Subak Jaya.

“Sebahagian batang paip telah dihantar ke tapak projek dan projek ini akan bermula tidak lama lagi.

“Projek ini sepatutnya bermula pada Mac lalu tetapi tertangguh disebabkan pandemik COVID-19,” jelasnya. Mengulas tentang keperluan naik taraf jalan raya menghala ke rumah sepuluh keluarga itu, projek telah diluluskan pada tahun lepas dan akan dilaksanak­an dalam masa terdekat.

Beliau meminta penduduk untuk tidak risau kerana GPS akan memastikan projek yang dirancang akan dilaksanak­an sepenuhnya.

“Bukan seperti PH yang dalam tempoh dua tahun menjadi kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk melaksanak­an projek-projek keperluan masyarakat luar bandar,” katanya.

 ??  ?? SIAP: Ripin (kiri) bersama rombongan bergambar di jambatan baharu Kampung Subak Jaya, semalam.
SIAP: Ripin (kiri) bersama rombongan bergambar di jambatan baharu Kampung Subak Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia