Utusan Borneo (Sabah)

PENJAWAT AWAM JADI CONTOH

Patuhi arahan pemakaian pelitup muka seperti ditetapkan kerajaan

-

KOTA KINABALU: Penjawat awam perlu menjadi contoh kepada masyarakat khususnya di Sabah dalam mematuhi pemakaian pelitup muka seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.

Setiausaha Persekutua­n Sabah Datuk Samsuni Mohd Nor berkata ia merupakan antara tanggungja­wab bukan hanya sebagai rakyat tetapi juga sebagai penjawat awam.

“...dan bukan antara orang yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ibadah korban di Kompleks Kediaman Persekutua­n, Indah Permai di sini semalam.

Samsuni berkata setakat ini semua pejabat agensi Persekutua­n di negeri ini mematuhi SOP dengan memeriksa suhu badan, memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal dalam setiap majlis mahupun mesyuarat.

Bermula semalam, kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka terutamany­a di tempat awam yang sesak bagi mengekang penularan COVID-19 di negara ini.

Dalam pada itu, Samsuni berkata pagar kawasan perumahan Persekutua­n di Indah Permai yang rosak dan uzur akan digantikan bagi mengelak penceroboh­an berulang di kawasan berkenaan.

Beliau berkata kerajaan Persekutua­n telah menyediaka­n peruntukan bagi membina dan membaiki pagar kawasan perumahan yang terletak di atas bukit itu.

Sementara itu, Samsuni berkata sebuah unit kediaman rumah Persekutua­n itu juga akan diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah untuk dijadikan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Katanya, kelas KAFA yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah kanakkanak yang belajar di situ khususnya penghuni rumah Persekutua­n yang didiami kira-kira 290 keluarga. — Bernama

 ?? — Gambar Jabatan Penerangan ?? AGIH: Samsuni (dua kiri) mengagihka­n daging korban kepada salah seorang penduduk Kompleks Kediaman Persekutua­n, Indah Permai.
— Gambar Jabatan Penerangan AGIH: Samsuni (dua kiri) mengagihka­n daging korban kepada salah seorang penduduk Kompleks Kediaman Persekutua­n, Indah Permai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia