Utusan Borneo (Sabah)

Bot pukat tunda dikesan langgar syarat lesen operasi

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Sebuah bot pukat tunda dikesan menangkap ikan di luar kawasan syarat lesen operasinya, iaitu kira-kira 1.3 batu nautika barat muara Sg Tuaran, kelmarin.

Bot nelayan tempatan itu ditahan pada kira-kira jam 4 petang oleh sepasukan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah/Labuan Zon Maritim Kota Kinabalu.

Pengarah APMM Sabah dan Labuan Laksamana Pertama (M) Mohd Rosli Abdullah berkata, turut ditahan tiga kru termasuk tekong warga asing berumur 24 hingga 48 tahun.

“Maklumat mengenai aktiviti bot menangkap ikan itu yang disyaki melanggar syarat lesen pada jarak ditetapkan disampaika­n SWASLA Sabah,” katanya, di sini semalam.

Rosli berkata, hasil pemeriksaa­n juga mendapati kesemua kru termasuk tekong terlibat ada memiliki dokumen pengenalan diri yang sah namun ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, penahanan bot dan kru-kru berkenaan dijalankan sepasukan bot peronda Maritim Malaysia menerusi Operasi Naga Timur dan Operasi Sejahtera di perairan terbabit.

“Tindakan menahan bot nelayan dan kru terlibat juga dilakukan kerana mereka disyaki melanggar syarat lesen yang diperuntuk­kan mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985.

“Bot dan semua tahanan dibawa ke Jeti Maritim Sepanggar termasuk untuk menjalani ujian saringan COVID-19 bersama anggota-anggota Maritim Malaysia yang bertugas,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menasihatk­an komuniti maritim supaya sentiasa mengutamak­an keselamata­n diri termasuk pengusaha pusat peranginan berikutan cuaca tidak menentu.

 ??  ?? TAHAN: Bot nelayan tempatan untuk aktiviti menangkap ikan di kawasan laut dalam terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.
TAHAN: Bot nelayan tempatan untuk aktiviti menangkap ikan di kawasan laut dalam terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia