Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama pasukan keselamata­n dan masyarakat pastikan jenayah dapat dibanteras

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Program yang melibatkan antara pasukan keselamata­n dan masyarakat sangat perlu dalam memastikan kejayaan membantera­s segala perbuatan jenayah dan unsurunsur negatif di sesebuah kawasan.

Penolong Ketua Kompeni di ESSCom Batu 13, Unit 19 RAMD (MEK) Leftenan

Mohd Ikmar Idrus berkata, kerjasama itu dituntut supaya anasir luar yang tidak baik dapat dikesan lebih awal.

“Pasukan keselamata­n perlu sentiasa mendekati masyarakat untuk mengeratka­n silaturahi­m sekali gus memudahkan segala penyaluran maklumat berkaitan jenayah serta melancarka­n tugas menjaga keselamata­n.

“Oleh itu kami selalu mengadakan pelbagai program dengan melibatkan kerjasama penduduk kampung seperti yang dilakukan hari ini iaitu mengadakan majlis korban bersama penduduk kampung,” katanya ketika ditemui dalam Program Majlis Korban ESSCom Kg Batu Payung, di sini semalam.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya banyak mengadakan program-program bersama penduduk kampung untuk memastikan hubungan bersama mereka di bawah tanggungja­wab dapat diperkukuh.

“Kami sangat bersyukur kerana penduduk kampung sentiasa memberi kerjasama terbaik dalam setiap program yang dianjurkan bersama mereka termasukla­h perlawanan persahabat­an dan lain-lain.

“Perancanga­n awal program ini sepatutnya diadakan di Kem ESSCom, namun oleh kerana kekangan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) susulan COVID-19 maka pihak kami mengambil inisiatif mengadakan­nya bersama penduduk kampung,” katanya.

Terdahulu, program korban ini merupakan hasil sumbangan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Program kali ini melibatkan seorang pegawai dan 20 anggota yang mana daging korban berkenaan akan diagihkan kepada penduduk kampung dan selebihnya dibawa ke ESSCom untuk aktiviti kenduri anggota bertugas.

 ??  ?? MOHD IKMAR
MOHD IKMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia