Utusan Borneo (Sabah)

PCS hanya bermotif memecahkan undi KDM

- Oleh Yap Siong Han

KENINGAU: Kewujudan parti Parti Cinta Sabah (PCS) adalah sebagai salah satu taktik parti lawan untuk memecahkan undi dalam kalangan etnik khususnya Kadazan Dusun Murut (KDM).

NaibPresid­enPartiWar­isan Sabah (WARISAN) Datuk Peter Anthony berkata, parti yang diterajui oleh Datuk Seri Anifah Aman adalah jelas sebagai ejen tambahan kepada parti lawan di Sabah.

“Saya melihat teknik yang digunakan mereka ini sebagai pecah dan perintah, mereka cuma mewujudkan satu parti untuk memecahbel­ahkan undi daripada KDM.

“Tapi saya yakin orang KDM sekarang bukan bodoh, orang KDM kalau ada wakil-wakil rakyat mereka yang katak dan tidak bermaruah, pengundi-pengundi di Bingkor ini khasnya ada bermaruah.

“Jadi saya percaya mereka ini akan memilih mana-mana parti yang betul-betul memperjuan­gkan hak-hak orang Sabah dan parti tempatan, itu saya yakin,” katanya dalam satu Majlis Mesra Rakyat di Bingkor, kelmarin.

Menyentuh soal calon, Peter berkata, beliau dan pucuk pimpinan parti-parti di bawah Pakatan Harapan akan menyenarai­kan nama calon untuk pertimbang­an Presiden WARISAN Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

“Di peringkat calon pula kita sebenarnya akan menghantar nama, sama ada daripada WARISAN, PKR, UPKO dan DAP dan ia akan diputuskan oleh Ketua Menteri nanti.

“Kita akan pastikan mereka ini mesra rakyat, memiliki keperibadi­an yang baik dan tidak kiralah sama ada mereka ini Muslim, Kristian atau Buddha, kerana itu bukanlah perhitunga­n, ukuran untuk bertanding di kawasan kerana kami semua tinggal bersama,” katanya.

Katanya, parti lawan kini semakin ketandusan idea kerana acap kali membangkit­kan isu-isu basi seperti isu perkauman, agama dan isu pendatang asing tanpa izin.

 ??  ?? PETER
PETER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia