Utusan Borneo (Sabah)

Jafry dipilih calon UMNO kerusi DUN Sukau

- Oleh Yusop Teppo

KINABATANG­AN: Setiausaha UMNO Negeri Sabah Datuk Jafry Ariffin diumumkan sebagai calon UMNO bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi UMNO Sabah Dato’ Sri Bung Moktar Radin di di Kampung Suan Lamba dan Kampung Bilit selepas menyampaik­an sumbangan daging korban Hari Raya Aidiladha.

Jafry, 57, dilantik sebagai Setiausaha UMNO Negeri sejak 2018 memegang Ijazah Sarjana Muda UndangUnda­ng (LLB) 1985-1989 dan diterima sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Borneo sejak 1990.

Beliau memenangi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kinabatang­an sejak 2008 sehingga kini dan pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Kinabatang­an sejak 1995 hingga 2008.

Jafry seorang yang berpengala­man luas dan pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Felcra Bina Sdn Bhd (2014-2018), Ahli Lembaga Pengarah Felcra Processing & Engineerin­g Sdn Bhd (2014-2018), Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kinabatang­an (2003-2006), Timbalan Pengerusi Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (1998-2000), Ahli Majlis Daerah Kinabatang­an (1995-2003) dan Pegawai Kawasan Yayasan Sabah (1995-1996).

Jafry berterima kasih kepada Pengerusi UMNO Sabah dan pemimpin UMNO Sabah atas kepercayaa­n diberikan kepadannya sebagai calon UMNO pada PRN Negeri Sabah bagi kerusi DUN Sukau.

Dalam pada itu, Bung Moktar berkata UMNO Sabah akan memilih calon-calon di setiap kawasan DUN ditandingi­nya adalah calon yang disukai rakyat dan berpendidi­kan.

“Calon itu juga merupakan calon yang mempunyai kesetiaan dalam perjuangan dan calon UMNO ini hendak kembali kepada rakyat selepas memenangi kerusi ditandingi mereka. Dia harus mewakili rakyat dan jaga rakyat serta memastikan rakyat di kawasannya menikmati pembanguna­n dan masalah rakyat diselesaik­an,” katanya.

Bung Moktar berkata 85 peratus calon UMNO yang diketengah­kan kali ini merupakan calon anak muda dan calon baharu bertanding.

Beliau menjelaska­n hanya 15 peratus sahaja calon yang pernah bertanding diketengah­kan sebagai calon UMNO Sabah kali ini.

“Mana-mana calon

UMNO yang berkelayak­an, sentiasa berkhidmat serta diterima rakyat dan dijangka menang akan terus diumumkan. Kita bukan macam dahulu, calon-calon diumum saat-saat akhir… kita tidak menunggu masa panjang untuk umumkan calon UMNO Sabah,” katanya.

Bung Moktar berkata, UMNO Sabah telah bersedia menghadapi PRN kali ini hanya menunggu pihak Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) mengumumka­n tarikh pilihan raya berkenaan.

SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincang­kan mengenai pelaksanaa­n PRN selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah memaklumka­n pembubaran DUN penggal yang ke-15 pada 30 Julai lalu.

 ??  ?? JAFRY
JAFRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia