Utusan Borneo (Sabah)

Sokongan kaum Cina terhadap WARISAN tetap utuh dan tidak berubah

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Sokongan masyarakat Cina terhadap Parti Warisan Sabah (WARISAN) di Parlimen Kalabakan tidak berubah sehingga kini malahan semakin kuat sejak hampir tiga tahun WARISAN mentadbir negeri Sabah.

Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merotai Sarifuddin Hatta berkata, sokongan mereka semakin kuat kerana pada masa ini banyak permintaan daripada masyarakat Cina yang mahu menubuhkan cawangan.

“Sebenarnya ramai lagi yang menghubung­i saya untuk membuka cawangan tetapi terbantut sedikit kerana masalah wabak COVID-19 dan juga beberapa cawangan yang sudah wujud tetapi belum menerima arahan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS) untuk bermesyuar­at.

“Mereka ini merupakan penyokong WARISAN sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lagi, malah, pengundi masyarakat Cina juga penyumbang kemenangan kami di Parlimen Kalabakan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat WARISAN masyarakat Cina cawangan Muhibbah, Gudang Empat, Ulu Gudang Empat dan Sin San, di sini semalam.

Mengulas mengenai senario politik Sabah, beliau berkata polemik politik yang berlaku berpunca daripada parti lawan yang cuba merampas kedudukan pemerintah­an di negeri ini.

“Mereka mendakwa boleh memerintah negeri dengan kelebihan satu kerusi tetapi jika dilihat kelebihan itu merupakan daripada kerusi lantikan kerajaan yang dipimpin oleh Ketua Menteri sebelum ini.

“Justeru, tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal untuk membubarka­n Dewan Undangan Negeri (DUN) satu tindakan yang tepat supaya kembalikan kepada rakyat memilih pemimpin mana yang mereka pilih,” katanya.

Ditanya mengenai persediaan­ya menghadapi PRN, beliau berkata semua jentera parti sudah dihubungi untuk bersiap sedia dan satu mesyuarat akan diadakan selepas mesyuarat majlis tertinggi di Kota Kinabalu hari ini (Isnin).

Namun, yang paling penting adalah rakyat sudah boleh menilai pemimpin mana yang boleh membela nasib mereka, malah kemenangan akan ditentukan oleh rakyat melalui keperibadi­an calon itu sendiri.

“Rakyat mahukan calon yang boleh bekerja tanpa banyak alasan dan mereka juga tidak lagi dibayangi oleh politik wang ringgit tetapi apa yang rakyat mahu semua masalah dapat diselesaik­an dengan cepat tanpa bertangguh terutamany­a masalah infrastruk­tur.

“Nasihat saya kepada pengundi di Sabah, pilihlah pemimpin yang bukan sahaja boleh bekerja tetapi pilihlah wakil rakyat yang betul-betul setia serta tidak mudah dibeli oleh wang ringgit dan jawatan,” katanya.

 ??  ?? TEMU RAMAH: Sarifuddin ketika ditemurama­h dalam majlis itu.
TEMU RAMAH: Sarifuddin ketika ditemurama­h dalam majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia