Utusan Borneo (Sabah)

Mang sumber rezeki penduduk Kuala Matu

Mang atau ngoang seakan-akan udang namun rasanya lebih kepada isi ketam

- Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Jauh dari hirukpikuk serta kesibukan kota, Kuala Matu yang terletak di daerah Matu merupakan salah satu daripada kawasan haiwan eksotik dikenali sebagai mang.

Mang atau ngoang sebenarnya sejenis haiwan air bercengker­ang. Rupanya seakan-akan udang namun melalui penceritaa­n penduduk tempatan rasanya lebih kepada isi ketam.

Menurut salah seorang penangkap mang, Rashid Sidik, 40, haiwan itu didapati keluar dari sarangnya dalam tanah ketika musim hujan.

“Kalau hujan malam tentu esoknya mang keluar ke tebing-tebing sungai,” katanya kepada Utusan Borneo ketika ditemui di Kuala Matu.

Dia yang berasal dari kampung sebelah iaitu Kampung Pergau sering menangkap mang jika berkesempa­tan dan pada musimnya.

Selain ketika musim hujan, mang juga turut keluar ketika musim banjir.

“Kalau hujan malam tentu esoknya mang keluar ke tebing-tebing sungai.

Rashid Sidik Penangkap mang

Waktu itu, dia dan keluargany­a berusaha mendapatka­n duit lebih untuk menampung keperluan keluargany­a.

Menurutnya, harga mang agak lumayan dan boleh mencecah sehingga RM10 sekilogram.

“Harga sekilo RM10 atau kebiasaann­ya sekitar RM10 untuk empat ekor,” jelasnya.

Katanya, untuk jenis masakan kesukaan terpulang cita rasa masing-masing sama ada hendak direbus begitu sahaja atau dimasak kicap.

“Apa yang penting, ia merupakan juadah paling istimewa ketika tiba musimnya,” kata Rashid.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negwri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya yang sempat meninjau lokasi mang ditangkap mengatakan haiwan itu tidak asing bagi penduduk di situ.

“Mang mudah didapati kerana kebanyakan kawasan Kuala Matu agak berlumpur,” katanya sambil memberitah­u, mang turut dikenali ‘mud lobster’.

Menurutnya, ketika musimnya penangkap mang boleh mendapat bergunigun­i dan tidak hairan mang menjadi makanan istimewa sebahagian penduduk di Matu.

Harganya berpatutan malah terlalu murah jika dibandingk­an harga di bandar Mukah, juga menjadikan­nya popular dalam kalangan penduduk setempat.

Beliau turut difahamkan mang betina atau bertelur diambil kerana saiznya agak besar sementara mang jantan bersaiz kecil dilepaskan semula.

 ??  ?? REZEKI AIR NAIK: Mang dapat ditangkap oleh Rashid di Matu.
REZEKI AIR NAIK: Mang dapat ditangkap oleh Rashid di Matu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia