Utusan Borneo (Sabah)

12 warga asing ditangkap kerana gagal patuhi SOP PKPP

-

KUCHING: Seramai 12 warga asing ditangkap di Sibu kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kelmarin.

Jurucakap Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata mereka yang ditahan adalah terdiri daripada enam warganegar­a China dan enam Vietnam.

“Selain itu, sebanyak 18 notis kompaun kerana ingkar SOP dikeluarka­n (polis) iaitu tujuh di Miri, Kuching (6);Samarahan serta Padawan masing-masing dua dan Limbang satu.

“Untuk makluman, polis akan terus memperketa­tkan pematuhan SOP termasuk pemakaian pelitup muka di tempat awam dalam usaha mengekang penularan COVID-19,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, kelmarin.

Sementara itu, pasukan pematuhan PKPP telah melakukan pemeriksaa­n ke atas 2,215 premis.

“Pemantauan adalah termasuk 445 pasar raya, restoran (583); kilang (19); bank (191); pejabat kerajaan (101); pusat penjaja (66); pasar awam (86); tempat ibadah (112); tempat riadah (48); tapak pembinaan (11) dan lain-lain (553).

“Pasukan pemantau terdiri daripada 650 anggota iaitu polis (340); tentera (45); RELA (123); Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (86); pihak berkuasa tempatan (48); KPDNHEP (3) dan lain-lain agensi (5),” katanya.

Manakala sekatan jalan raya sempena Ops Benteng COVID-19 juga merekodkan jumlah kenderaan yang diperiksa sebanyak 1,406 di enam lokasi iaitu dua di Lundu, Bau, Serian, Sri Aman dan Lubok Antu.

“Orang ramai adalah dinasihati tidak leka dan terus kekal waspada dan pastikan saranan serta nasihat-nasihat kesihatan diamalkan pada setiap masa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia