Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: Sembilan kes baharu, jumlah kes aktif kini 213

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak sembilan kes baharu positif COVID-19 dikesan kelmarin berbanding 12 Jumaat dengan tujuh daripadany­a adalah kes import dan dua lagi penularan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambaha­n kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kini 8,985 kes dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjan­gkitan sebanyak 213 kes.

Kes import itu melibatkan lima warganegar­a dan dua bukan warganegar­a, manakala kes penularan tempatan pula masing-masing seorang warga tempatan dan warga asing.

“Perincian kes penularan dalam negara membabitka­n warganegar­a adalah di negeri Kedah. Kes itu daripada Kluster PUI Sivagangga.

“Bagi kes bukan warganegar­a pula adalah di negeri Selangor dan kes itu daripada Kluster Bukit Tiram,” menurutnya dalam kenyataan kelmarin.

Dr Noor Hisham berkata terdapat tiga kes pulih dan dibenarkan discaj kelmarin, menjadikan jumlah keseluruha­n pulih sepenuhnya sebanyak 8,647 kes atau 96.2 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

Tambahnya, terdapat hanya dua kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan satu daripadany­a memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada pertambaha­n kes kematian berkaitan COVID19 dilaporkan kelmarin menjadikan jumlah kumulatif maut akibat wabak itu kekal sebanyak 125 kes atau 1.39 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

Mengenai satu kes baharu melibatkan kluster Bukit Tiram kelmarin, Dr Noor Hisham berkata, ia merupakan kes pertama kluster itu yang dikesan di luar Johor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia