Utusan Borneo (Sabah)

Polis memandang serius amalan pematuhan SOP

-

BETONG: Polis memandang serius amalan pematuhan dikuatkuas­akan kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga PKP Pemulihan dilaksanak­an.

Ketua Polis Daerah Betong DSP Zamry Alli menegaskan bahawa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaa­n PKP Bersyarat dikuatkuas­akan dengan kawalan pergerakan antara bahagian di Sarawak perlu dipatuhi.

“Masyarakat di Betong khasnya dikehendak­i mematuhi SOP PKPB dikuatkuas­akan kerajaan termasuk arahan rentas daerah bermula 1 Ogos hingga 14 Ogos dan penggunaan pelitup separuh muka.

“Ibu Pejabat Polis Daerah Betong mengambil tindakan tegas serta mengkompau­n sesiapa yang didapati melanggar SOP dan tiada lagi peringatan diberikan berkaitan SOP lain,” katanya mengulas menerusi siaran media dikeluarka­n di sini kelmarin.

Tambahnya, penjarakan fizikal juga perlu kerana banyak kesalahan dilihat dalam masyarakat selain disiplin penjarakan diri sendiri terutama di restoran, kedai makan dan pasar raya.

“Peniaga dan pelanggan ingkar dikenakan kompaun bagi mendisipli­nkan kembali masyarakat dan sekiranya perlu tangkapan dilakukan kerana menghalang tugas polis.

“Pergerakan rentas daerah tidak dibenarkan kecuali atas beberapa faktor sahaja, pihak bertanggun­gjawab atau agensi berkaitan hendaklah memastikan pekerja mereka diberikan surat kebenaran.

“Polis tidak mengeluark­an surat pergerakan ini kepada pekerja mereka,” jelasnya.

Katanya, polis hanya mengeluark­an surat pergerakan rentas daerah untuk tiga alasan sahaja iaitu ahli keluarga terdekat meninggal dunia, ahli keluarga terdekat sakit dan keperluan rawatan perubatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia