Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan Veteran ATM Sarawak lawat ahli perlukan bantuan sempena Hari Pahlawan

-

KUCHING: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Sarawak telah melawat ahli yang memerlukan bantuan sempena Hari Pahlawan yang disambut pada 31 Julai setiap tahun.

Menurut kenyataan pihaknya semalam, persatuan yang bernaung di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM Cawangan Sarawak itu telah mengadakan lawatan ziarah kasih ke rumah veteran orang kurang upaya (OKU), veteran kurang upaya (VKU), veteran sakit, balu veteran, veteran penerima pingat keberanian dan pusara veteran.

“Persatuan Veteran Tentera Kor Renjer (PVTKR) diketuai Penaungnya Leftenan Jeneral (B) Datuk Stephen Mundaw telah melawat kediaman Datuk Awang Raweng di Sri Aman. Awang merupakan penerima pingat keberanian George Cross,” katanya.

Pada masa yang sama, Persatuan Veteran India (PERIM) Cawangan Sarawak diketuai Presidenny­a Kapten (B) Narayanan Kannan dan Kolonel (B) Suhirthara­tnam Kularatnam telah mengunjung­i beberapa kediaman balu tentera.

Fatima Linah, 61 tahun merupakan balu kepada PW 1(U) Govindasam­y dari Kampung Pridan dan balu kepada Supper Lexamanan Kuppan, Munen@ Manen Puna@Kunang dari Kampung Riih.

Sementara, Persatuan Veteran ATM Cawangan Tasik Biru diketuai Jirok@Jidokson Raway telah mengunjung­i pusara Renjer Lemon@Oman yang telah terkorban dalam pertempura­n Ops Gopeng pada 1980.

Turut dikunjungi adalah pusara Penerima Pingat Gagah Berani (PGB) Koperal Paul Nyopis.

“Persatuan Veteran ATM Cawangan Limbang diketuai Junaidi Kamit telah melaksanak­an lawatan ke lima rumah balu veteran dan dua rumah veteran sakit.

“Persatuan Veteran ATM Cawangan Kapit yang diketuai PW 2 (B) Martin Bilun telah mengunjung­i rumah veteran perang Renjer Ladong Sabut yang pernah terlibat dalam konfrontas­i Malaysia-Indonesia.

Kumpulan Veteran Bekas 10 Rejimen Renjer Diraja (RRD) yang diketuai oleh Leftenan Koloner (B) Monday

Juhid telah melawat rumah VKU, Jack Nyarai di Kampung Remin, Serian.

Selain mengisi aktiviti sempena Hari Pahlawan, aktiviti itu juga bertujuan sebagai tanda mengenang khidmat bakti veteranvet­eran ATM tidak kira yang masih hidup, sakit, mahupun yang telah meninggal dunia.

Jasa dan pengorbana­n mereka yang telah gugur sebagai bunga bangsa tetap dikenang selama-lamanya, kata kenyataan itu kelmarin.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Stephen (kanan) menyampaik­an sumbangan berupa cenderamat­a kenangan kepada Awang (dua kiri).
PENGHARGAA­N: Stephen (kanan) menyampaik­an sumbangan berupa cenderamat­a kenangan kepada Awang (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia