Utusan Borneo (Sabah)

MACMA ubah persepsi terhadap individu peluk Islam

Ahli MACMA telah membuktika­n hubungan mereka dengan keluarga asal masih sama meskipun telah memeluk Islam

-

KUCHING: Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Sarawak telah memberi sumbangan sangat signifikan membantu mengubah persepsi masyarakat umum terhadap individu yang memilih menukar agama mereka dengan memeluk Islam.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata ahli MACMA telah membuktika­n hubungan mereka dengan keluarga asal lebih-lebih lagi adik beradik dan ibu bapa masih sama meskipun telah memeluk Islam.

“Tahniah kerana MACMA Sarawak dapat mengubah persepsi masyarakat umum apabila seseorang menukar agama mereka.

“Bermula secara sederhana, hingga kini, persatuan ini telah mempunyai lebih 600 ahli dan kini semakin menunjukka­n kemampuan menangani cabaran dan masalah bagi memenuhi objektif penubuhann­ya,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat daripada ahli MACMA Sarawak di kediamanny­a semalam.

Delegasi terdiri daripada sembilan orang itu diketuai Pengerusi MACMA Sarawak Tony Ong Abdullah.

Tujuan kunjungan hormat itu ialah membincang­kan beberapa perkara berkaitan aktiviti MACMA Sarawak bagi tahun 2019, 2020 dan pasca-COVID-19 bersama Fatimah.

Objektifny­a ialah merapatkan jurang, memastikan selepas proses menukar agama, seseorang itu dapat memahami, menyatu dan mengikuti ajaran Islam.

Beliau berkata sejarah menukar agama (untuk memeluk Islam) di Sarawak bermula dengan Urusetia Saudara Baru pada 1996, MACMA Sarawak telah ditubuh dan diperkenal untuk mengendali­kan kaum Cina yang memeluk Islam kerana masalah bahasa.

“Saya sangat bangga melihat ia masih wujud. Adalah sukar untuk mengekalka­n aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama berasasaka­n agama melainkan mereka benar-benar komited dan mempunyai pasukan jawatankua­sa yang bagus,” kata Fatimah.

“Tahniah kerana MACMA Sarawak dapat mengubah persepsi masyarakat umum apabila seseorang menukar ” agama mereka. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ?? KUNJUNGAN: Tony (dua kanan) serta ahli MACMA Sarawak yang lain merakam kenangan bersama Fatimah.
KUNJUNGAN: Tony (dua kanan) serta ahli MACMA Sarawak yang lain merakam kenangan bersama Fatimah.
 ??  ?? KORBAN:
Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Satok telah mengadakan Program Ibadah Korban Cawangan SABERKAS Satok di Masjid Al-Aqsa Segedup semalam. Pengerusi SABERKAS Cawangan Satok Mohamad Akram Karim mengucapka­n penghargaa­n kepada pengerusi program Ismail Idris serta ahli Jjawatanku­asa yang telah terlibat menjayakan program tersebut walaupun sekarang masih dalam situasi pandemik COVID-19. Ia telah dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarka­n Kerajaan Sarawak. Tujuan utama program adalah untuk memberi pengetahua­n kepada belia khususnya di kawasan Satok dalam menjalani ibadah korban. Tidak lupa juga kepada Jabatan Ketua Menteri dan Pusat Khidmat Satok yang turut memberi sumbangan.
KORBAN: Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Satok telah mengadakan Program Ibadah Korban Cawangan SABERKAS Satok di Masjid Al-Aqsa Segedup semalam. Pengerusi SABERKAS Cawangan Satok Mohamad Akram Karim mengucapka­n penghargaa­n kepada pengerusi program Ismail Idris serta ahli Jjawatanku­asa yang telah terlibat menjayakan program tersebut walaupun sekarang masih dalam situasi pandemik COVID-19. Ia telah dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarka­n Kerajaan Sarawak. Tujuan utama program adalah untuk memberi pengetahua­n kepada belia khususnya di kawasan Satok dalam menjalani ibadah korban. Tidak lupa juga kepada Jabatan Ketua Menteri dan Pusat Khidmat Satok yang turut memberi sumbangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia