Utusan Borneo (Sabah)

Semua jawatankua­sa pengelola ibadah korban patuhi SOP

Walaupun bilangan petugas kurang, ibadah korban dijalankan tahun ini berjalan lancar, kata Dr Abdul Rahman

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Semua jawatankua­sa pengelola ibadah korban di seluruh Sarawak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sekretaria­t Majlis Islam Sarawak (MIS).

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, walaupun dengan bilangan petugas yang kurang, ibadah korban yang dijalankan tahun ini berjalan lancar.

“Alhamdulil­lah, jawatankua­sa pengelola ibadah korban mematuhi SOP yang telah ” ditetapkan.

Datuk Dr Abdul Rahman Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan DBKU)

“Alhamdulil­lah, jawatankua­sa pengelola ibadah korban mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurn­akan Program

Ibadah Korban Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai di sini, kelmarin.

Menteri Muda Bekalan Air itu berkata, ibadah korban yang dijalankan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mempunyai beberapa kelainan berbanding sebelum ini.

Menurut Dr Abdul Rahman, ia termasuk penubuhan jawatankua­sa pengelola, ibadah korban hanya boleh dilaksanak­an di masjid atau surau, mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan lembu hendaklah didaftarka­n dengan Jabatan Veterinar Sarawak.

“Ini antara SOP yang diperkenal­kan sebagai usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19,” ujarnya.

Beliau menambah, jawatankua­sa pengelola juga hendaklah memastikan penjarakan sosial dan bilangan petugas ibadah korban yang minimum dipatuhi.

Program ibadah korban itu dianjurkan bersama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Kampung Boyan, PBB Cawangan Pantai Damai, Surau Raudzatuss­alihin, Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) Unit Kampung Boyan dan

Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Boyan.

Hadir sama Ketua Kaum Kampung Boyan Abdul Hamid Ahmad dan Ketua Ranting PBB Kampung Boyan Yazit Junaidi.

 ??  ?? BANTU: Dr Abdul Rahman melapah daging korban pada Program Ibadah Korban Peringkat DUN Pantai Damai.
BANTU: Dr Abdul Rahman melapah daging korban pada Program Ibadah Korban Peringkat DUN Pantai Damai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia