Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan Anaq Vaie mengagihka­n lembu korban kepada penduduk

-

BINTULU: Penduduk Islam yang memerlukan daripada beberapa kampung sekitar Bintulu menerima agihan daging korban daripada Persatuan Anaq Vaie Bintulu (PAVB) hasil sumbangan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar dan orang perseorang­an sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Aktiviti penyembeli­han, melapah daging korban, penyampaia­n dan pengagihan daging korban disempurna­kan Presiden PAVB Pandi Suhili, Timbalan Residen Bahagian Bintulu Hussaini Hakim serta ahliahli majlis tertinggi PAVB.

Tiga tempat menerima agihan daging korban itu merangkumi penduduk Kampung Sinong, Masjid, Datuk, Sebiew, Baru Darat, Baru Tengah, Baru Laut, Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) SPPS Sebiew, Assyakirin Fasa 1, 2 dan 3 serta Jabai.

Kawasan Jepak merangkumi Sebuan, Jepak Hilir, Jepak Hulu, Jepak Tengah, Kampung Baru Sebuan Besar dan Warisan di Jepak, kampung di Segan serta kampung-kampung Kuala Tatau.

Menurut Pandi, sumbangan 29 ekor lembu diterima daripada Mohd Asfia termasuk orang perseorang­an diagih-agihkan kepada golongan asnaf memerlukan.

“Alhamdulil­ah, saya mengucapka­n terima kasih kepada Mohd Asfia atas keprihatin­annya kepada masyarakat Bintulu dengan menyumbang lembu pada tahun ini.

“Diharap pada masa akan datang, ada lagi sumbangan sebegini supaya PAVB dapat mengurus dan mengagihka­nnya kepada golongan memerlukan sekitar Bintulu,” katanya ditemui di sini semalam.

Pandi berkata, pusat penyembeli­han digunakan untuk ibadah korban ini adalah ditauliahk­an.

“Kita mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jabatan Veterinar (dalam melakukan ibadah korban ini),” ujarnya.

Katanya, lembu-lembu juga diagihkan di Kampung Sebuan, Jepak Hilir, Jepak Hulu, Jepak Tengah, Kampung Baru Sebuan Besar dan Warisan Jepak.

Selain di pusat penyembeli­han di hujung padang Kampung Sebiew, PAVB mengadakan pengagihan daging korban di Kuala Tatau merangkumi Dewan Kampung Haji Ismail dan Surau Kampung Seberang Jaya sekali gus dapat mengagihka­n semuanya.

“Ini merupakan tahun kelima PAVB menganjurk­an aktiviti korban dan tahun ini sambutan begitu hangat dengan penyertaan orang ramai dan sumbangan Mohd Asfia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia