Utusan Borneo (Sabah)

AFF antara inisiatif k’jaan dalam pertanian: Sikie

-

BINTULU: Kerajaan negeri telah menyalurka­n pelbagai bantuan pembanguna­n antaranya dalam sektor pertanian menerusi Agricultur­e Facilitati­on Fund (AFF) bagi meningkatk­an taraf hidup serta pendapatan penduduk terutama di kawasan luar bandar.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang Undang dan Adat Bumiputera) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus Datuk John Sikie Tayai berkata, antara bantuan yang diberi tumpuan untuk kawasan Kakus adalah pemberian anak pokok durian Musang King, Johor Mas, Black Thorn dan baja.

“Bantuan dengan penumpuan pemilihan kepada varieti durian tersebut adalah mengambil kira harga dan permintaan yang tinggi raja buah tersebut di pasaran,”

ujarnya dalam Program Ziarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) sempena perasmian Rumah Biro Wanita Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Bigat Tanggai di Sungai Arip, Selangau semalam.

Justeru katanya, pengagihan bantuan tersebut kepada penduduk akan dilakukan segera sekiranya sudah mendapat bekalan anak benih yang mencukupi.

Beliau berkata, meskipun jumlah anak pokok yang diberikan tidak banyak namun sekiranya dijaga dengan rapi ia akan menghasilk­an pendapatan yang lumayan kepada pekebun apabila menuai hasilnya pada setiap musim.

Selain bantuan AFF katanya, kerajaan turut meluluskan pembinaan 30 menara telekomuni­kasi di kawasan Kakus antaranya di kawasan Ulu Arip dan Arip Ili

dalam menangani permasalah­an tiada jaringan Internet atau telekomuni­kasi, sekali gus untuk memudahkan pembelajar­an dalam talian di kawasan luar bandar.

Manakala untuk naik taraf jalan raya pula katanya, permohonan untuk menaik taraf jalan kawasan Ulu Arip telah dikemukaka­nnya kepada Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS).

Memandangk­an kawasan Kakus begitu luas katanya, pembanguna­n akan dilaksanak­an secara berterusan di kawasan itu melalui pelbagai cara dan perancanga­n yang telah dan akan dilaksanak­an kerajaan negeri.

Pada masa sama, John Sikie turut mengumumka­n geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM5,000 untuk Biro Wanita dan RM26,000 kepada JKKK Rumah Bigat Tanggai, menyerah MRP kepada JKKK Rumah Satik dan JKKK Rumah

Sulang Batu 8 termausk mengumumka­n MRP kepada JKKK Rumah Adan, Rumah Sibat, Rumah Jimin dan Rumah Melap yang kesemuanya di Ulu Arip.

Program itu turut menyaksika­n penyampaia­n bantuan makanan asas oleh UKAS kepada 30 penerima terdiri daripada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) dari kawasan Ulu Arip.

Turut diadakan upacara meraikan pelantikan Senator Rita Insol sebagai Ahli Dewan Negara dengan simbolik pemotongan kek dan Rita turut mengumum peruntukan RM5,000 kepada Rumah Lanting Depong yang musnah dalam kebakaran 18 Julailalu.

Program yang diadakan itu turut menekankan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi membendung pandemik COVID-19.

Hadir sama pada program itu Setiausaha Politik Ketua Menteri Edwin Banta, Penghulu Lasit Bajieng, Penghulu Michael Agul, Ahli MDLBS Kaunselor Mathew Belawan Daud, Kaunselor Lawrence Lun, Ahli Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) Kanselor Stanley Mading dan Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N60 Kakus Rohana Abdullah.

 ??  ?? BANTU: Hussaini (lima kiri) menyerahka­n daging korban kepada seorang penerima.
BANTU: Hussaini (lima kiri) menyerahka­n daging korban kepada seorang penerima.
 ??  ?? AMANAH: John Sikie (dua kiri) menyampaik­an MRP kepada Biro Wanita Rumah Bigat Tanggai.
AMANAH: John Sikie (dua kiri) menyampaik­an MRP kepada Biro Wanita Rumah Bigat Tanggai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia