Utusan Borneo (Sabah)

PSB tetap tidak akan bekerjasam­a dengan parti politik lain

-

KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) tetap mempertaha­nkan pendiriann­ya untuk tidak bekerjasam­a dengan parti politik lain dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Pemuda 1, PSB Sze Kuan San berkata parti itu sebelum ini pernah mengumumka­n ia akan bertanding di 60 hingga 70 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN akan datang dengan tujuan utama membentuk kerajaan negeri yang seterusnya.

“Dalam hal ini, beberapa surat khabar baru-baru ini melaporkan DAP (Parti Tindakan Demokratik) mungkin bekerjasam­a dengan PSB bagi membolehka­n keduadua parti memenangi lebih banyak kerusi, adalah tidak benar.

“PSB tidak perlu bergantung kepada DAP untuk mendapatka­n kuasa politik,” katanya dalam kenyataan akhbar semalam.

Sze berkata, sokongan politik untuk DAP Sarawak telah ‘menurun dengan ketara’ berikutan keputusan ADUN Padungan Wong King Wei keluar parti (DAP) baru-baru ini.

Beliau berkata DAP Sarawak kini hanya ada lima kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Wong letak jawatan.

Lima kerusi itu ialah Pending, Kota Sentosa, Tanjong Batu, Pelawan dan Bukit Asek.

“DAP Sarawak berdepan krisis perjuangan. Rakyat percaya PSB mempunyai integriti tinggi, ketekunan dan tekad untuk memperjuan­gkan hak serta kepentinga­n Sarawak berbanding GPS (Gabungan Parti Sarawak).

“PSB sudah tentu akan melindungi kebajikan rakyat Sarawak apabila memperoleh kuasa untuk memerintah (Sarawak),” tambahnya.

Menurut Sze, PRN12 hanya akan menyaksika­n pertarunga­n antara dua seteru iaitu GPS dan PSB.

“Parti politik yang lain hanya sekadar membuat persembaha­n,” ujarnya.

Menurutnya parti-parti politik tersebut ialah Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Gabungan Anak Sarawak (GASAK), gabungan parti politik yang baharu dibentuk terdiri daripada Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB), Sarawak for Sarawakian­s (S4S) dan Sarawak Independen­ce Alliance (SIA).

Beliau menegaskan, “PSB tetap akan bertanding pada PRN-12 nanti sebagai parti bebas”.

 ??  ?? SZE
SZE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia