Utusan Borneo (Sabah)

Penjaja dan peniaga diingatkan agar patuhi SOP ditetapkan kerajaan

-

KUCHING: Pihak Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mengingatk­an para penjaja dan peniaga agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan sebelum menerima padah lesen perniagaan mereka di tarik balik.

Datuk Bandar MBKS Datuk Wee Hong Seng berkata sempena ulang tahun bandar raya Kuching, beliau berharap semua warga Kuching bebas daripada COVID-19.

“Sekiranya peniaga dan penjaja enggan menutup kedai mereka pada jam 10 malam, mereka seolah-olah mempunyai duit yang banyak untuk membayar penalti, jadi teruskanla­h.

“Selepas membayar penalti berkenaan kami akan menarik balik lesen perniagaan anda kerana penguatkua­saan dan semua SOP dijalankan di peringkat persekutua­n di bawah kuasa polis,” katanya ketika mengadakan tinjauan mesra di Pasar Komuniti Stutong.

Tambahnya, polis yang mengetuai penguatkua­saan dan PBT cuma membantu memberi panduan dan mereka yang ingkar akan dikena tindakan sedemikian.

Wee menegaskan bahawa bandar raya Kuching tidak memerlukan peniaga dan penjaja yang sedemikian tingkah lakunya.

Mereka akan diberi amaran beberapa kali sebelum tindakan tersebut diambil pihaknya.

Waktu perniagaan beroperasi hanya sehingga jam 10 malam, jadi semua perniagaan harus mematuhi demi keselamata­n diri mereka, keluarga dan pelanggan.

Juga diingatkan kepada peniaga, sekiranya terlihat pelanggan yang tidak mematuhi SOP agar mengingatk­an mereka semula untuk mematuhiny­a.

Semua SOP yang dikenakan perlu diguna pakai sehingga Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mengenakan peraturan baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia