Utusan Borneo (Sabah)

PDP pendukung kuat Gabungan Parti Sarawak

Ia amat penting pastikan kestabilan politik, pembanguna­n dilaksana seperti dirancang

- Oleh Kepu Sidi

“Kini, Kerajaan Sarawak mempunyai gabungan parti yang kukuh dan mempunyai satu agenda iaitu bergerak bersama dengan rakyat tanpa mengira usia dan bangsa bersama membangunk­an negeri ini daripada ” pelbagai aspek.

Subeng Mula Ahli Majlis Tertinggi PDP

SARATOK: Ahli Majlis Tertinggi Parti Demokratik Progresif (PDP) Subeng Mula berkata PDP terus menjadi pendukung kuat Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Katanya, langkah ini amat penting memastikan kestabilan politik dan pembanguna­n negeri ini dilaksanak­an seperti dirancang tampuk kepimpinan negeri sedia ada.

“Kini, Kerajaan Sarawak mempunyai gabungan parti yang kukuh dan mempunyai satu agenda iaitu bergerak bersama dengan rakyat tanpa mengira usia dan bangsa bersama membangunk­an negeri ini daripada pelbagai aspek.

“Di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, pelan pembanguna­n digerakkan segenap tempat di negeri ini dengan matlamat merapatkan jurang pembanguna­n khususnya kawasan bandar dan luar bandar.

“Kita berharap masyarakat negeri ini terus memberi sokongan padu kepada kerajaan GPS memastikan kestabilan politik dan pembanguna­n dilaksanak­an seperti dirancang,” katanya pada Majlis Bersama Rakyat di Rumah Matar, Sungai Sebilik, Lubok Renit, Awik dekat sini semalam.

Majlis itu dihadiri sekitar 200 orang terdiri daripada penduduk setempat.

Menurut Subeng, negeri ini amat memerlukan kerajaan stabil dan memahami keperluan rakyat khususnya peringkat akar umbi.

“Kita yakin rakyat melihat sendiri peranan berkesan kerajaan sedia ada yang sangat prihatin terhadap nasib rakyat serta sentiasa tampil menghulur bantuan lebihlebih lagi ketika rakyat berdepan cabaran ekonomi muram dan kekangan melakukan kegiatan ekonomi kerana pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pelbagai bantuan disalurkan kepada rakyat dalam tempoh PKP dan semua itu adalah meringanka­n beban ditanggung rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19,” jelasnya.

 ??  ?? AMANAT: Subeng menyampaik­an ucapan pada Majlis Bersama Rakyat di Rumah Matar, Sungai Sebilik, Lubok Renit, Awik semalam.
AMANAT: Subeng menyampaik­an ucapan pada Majlis Bersama Rakyat di Rumah Matar, Sungai Sebilik, Lubok Renit, Awik semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia