Utusan Borneo (Sabah)

SUPP ada hak ke atas kerusi DUN Dudong

-

SIBU: Pengerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) Dudong Kaunselor Teo Boon Siew diingatkan ketika Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersiap menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang, perpaduan adalah elemen terpenting.

Kenyataan terbuka dikeluarka­n Sekretaria­t Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Dudong di sini kelmarin mengenai calon pilihan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengatakan beliau menolak ‘anai-anai’ dalam GPS.

“Oleh itu, kami mengingatk­an Teo mendengar nasihat Abang Johari dan jangan menjadikan PDP sebagai ‘anai-anai’ dalam GPS,” katanya ketika mengulas ucapan Teo pada majlis anjuran partinya di Durin Jumaat lalu mencadangk­an Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing sebagai calon GPS pada PRN12 di DUN Dudong.

Dengan kenyataan itu menunjukka­n SUPP Dudong berpendapa­t calon GPS kerusi DUN Dudong pada PRN12 hendaklah daripada SUPP Dudong.

“Pada 29 Ogos tahun lalu, jawatankua­sa cawangan memutuskan sebulat suara pengerusi cawangan, Wong Ching Yong satu-satunya calon mewakili SUPP dan GPS bertanding pada PRN12.

“Parti pusat dimaklumka­n mengenai resolusi sebulat suara itu dan menyokong penuh cadangan kami.

“Sebab mengapa SUPP mesti bertanding di Dudong pada PRN12 adalah kewujudan kerusi DUN Dudong pertama kali muncul dalam sejarah pilihan raya Sarawak pada 1970.

“Pada pilihan raya itu, calon SUPP kerusi DUN Dudong adalah mendiang Kong Chun Shao.

“Beliau mengalahka­n calon Parti Perikatan Sarawak dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) SUPP pertama di DUN Dudong,” jelasnya.

Pada 1970, walaupun Dudong konstituen­si majoriti Bumiputera, SUPP menikmati sokongan kuat masyarakat Iban dan Cina untuk menang.

Pada PRN 1974, Kong Chun Shao tidak bertanding dan beliau digantikan mendiang Datuk Ting Ing Mieng yang tewas kepada Datuk Sandah Jarau daripada SNAP.

Pada PRN 1979 Sandah berjaya mempertaha­n kerusi DUN Dudong.

Bagaimanap­un, SNAP dibatalkan pendaftara­nnya pada 2013 oleh Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS).

Pada PRN 1983, calon Bebas Wilfred Kiroh disokong oleh SUPP menewaskan Joseph Tang daripada SNAP. Wilfred kemudianny­a menyertai Barisan Nasional (BNSUPP).

Pada PRN 1987, Wilfred keluar BN-SUPP menyertai Kumpulan Maju dipimpin oleh Allahyarha­m Tun Rahman Yaakob.

Wilfred bagaimanap­un tewas kepada Jawan Empaling daripada SUPP.

Pada 1990 terdapat demarkasi pengundian DUN di Sarawak oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya. Dudong menjadi kerusi majoriti Cina.

Pada 1991, Datuk Dr Soon Choon Teck mewakili SUPP bertanding di DUN Dudong berjaya menewaskan mendiang Joseph Tang daripada DAP dan menang dengan majoriti besar 6,033 undi.

Pada 1996, Dr Soon memenangi kawasan Dudong tanpa bertanding. Beliau berjaya mempertaha­nkan kerusi itu pada 2001 dan 2006.

Pada 2011, kenyataan mengatakan Datuk Dr Soon Choon Teck digantikan dengan Datuk Tiong Thai King dikalahkan oleh Yap Hoi Liong daripada DAP dengan majoriti tipis 317 undi.

Pada 2016, Tiong berjaya merampas kerusi DUN Dudong daripada Yap di bawah tiket calon langsung BN.

Kenyataan itu menyimpulk­an dari 1970 hingga 2016, pengundi di Dudong menyaksika­n 11 PRN di mana calon SUPP atau berkaitan dengan SUPP menang lapan kali.

“Sejarah ditulis oleh pemenang, petikan terkenal oleh Winston Churchill. SUPP tidak diragukan lagi adalah pemenang dalam sejarah pemilihan kerusi DUN Dudong.

“Oleh itu secara tradisinya, pandangan umum masyarakat Sibu bahawa kerusi DUN Dudong harus ditandingi calon SUPP Cawangan Dudong pada PRN12 nanti,” katanya.

 ??  ?? PERIKSA: Seorang penumpang diperiksa suhu badan ketika berada di Terminal Bot Ekspres Sibu, kelmarin.
PERIKSA: Seorang penumpang diperiksa suhu badan ketika berada di Terminal Bot Ekspres Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia