Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: Kembali catat dua angka dengan 14 kes baharu

13 kes penularan dalam negara merupakan warganegar­a Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 kes baharu COVID19 dilaporkan semalam berbanding sembilan kes kelmarin dengan 13 daripada kes baharu itu membabitka­n penularan dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pertambaha­n kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kini 8,999 kes dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjan­gkitan sebanyak 210 kes.

Bagaimanap­un, jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 kekal 125 orang.

Kesemua 13 kes penularan dalam negara merupakan warganegar­a Malaysia iaitu 11 kes daripada Kluster PUI Sivagangga dan dua kes saringan di Pintu Masuk Antarabang­sa Laut Labuan.

“Kes pertama (di Sabah) merupakan pelajar yang tiba dari Sandakan yang akan memulakan pengajian di Labuan manakala kes kedua pula dari Penampang yang datang ke Labuan untuk bercuti bersama keluarga,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bagi satu kes import yang dilaporkan, ia melibatkan warganegar­a Filipina yang mendapat jangkitan di luar negara.

Dr Noor Hisham berkata terdapat 17 kes pulih dan dibenarkan discaj semalam, menjadikan jumlah keseluruha­n pulih sepenuhnya sebanyak 8,664 kes atau 96.3 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

Tambahnya, terdapat hanya dua kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan satu daripadany­a memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, katanya, setakat 12 tengah hari semalam, sebanyak 313 orang disaring bagi kluster PUI Sivagangga.

“Daripada jumlah saringan ini, 20 kes aktif dikesan positif, 280 lagi negatif manakala 13 kes masih menunggu keputusan ujian. Daripada kes positif yang dilaporkan, 15 kes adalah dalam kalangan warganegar­a Malaysia dan lima kes adalah bukan warganegar­a.

“Kes pertama (di Sabah) merupakan pelajar yang tiba dari Sandakan yang akan memulakan pengajian di Labuan manakala kes kedua pula dari Penampang yang datang ke Labuan ” untuk bercuti bersama keluarga.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan

Tiada kes dirawat di ICU dan tiada kematian dilaporkan,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 11 kes positif dilaporkan ke Pusat Kesiapsiag­aan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) dengan lapan kes merupakan kontak rapat kepada kes positif ke8975, iaitu termasuk satu kes pelajar sekolah berumur tujuh tahun.

Dr Noor Hisham berkata kes-8975 itu merupakan kes generasi pertama.

Selain itu, dilaporkan tiga kes merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8976, iaitu termasuk satu kes pelajar sekolah berumur 10 tahun. Kes-8976 merupakan kes generasi pertama.

“Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan menerima rawatan.

“Aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif giat dilaksanak­an oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk mencegah penularan COVID-19 selain aktiviti pembersiha­n dan nyahkuman dilaksanak­an di semua premis termasuk sekolah yang terlibat dan rumah kes yang dikesan positif,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia