Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 80 korban arak todi di India

Arak bertoksik buatan sendiri itu menjejaska­n tiga daerah di Punjab

-

NEW DELHI: Lebih 80 orang telah meninggal dunia sejak beberapa hari lepas selepas meminum todi atau arak bertoksik buatan sendiri di wilayah Punjab di India, menurut pegawai dan laporan kelmarin.

Mangsa yang maut merupakanp­endudukdar­itiga daerah di wilayah utara dan pihak polis telah memberkas 25 suspek, menurut kepada agensi berita Press Trust of India.

Ratusan mati setiap tahun di India akibat arak beracun yang dihasilkan di kilang pembuatan arak haram dan dijual dengan harga serendah 10 rupee seliter.

Seorang pegawai memberitah­u AFP bahawa 11 orang telah mati akibat meminum todi di daerah Gurdaspur.

Press Trust of India pula menyatakan kelmarin arak haram tersebut telah meragut 12 nyawa di daerah berhampira­n Amritsar dan 63 nyawa di Tarn Taran.

Kematian lain disyaki akibat todi juga dilaporkan sejak beberapa hari lepas namun tidak dapat dibuktikan apabila mayat telah dibakar tanpa pemeriksaa­n bedah siasat.

Ketua menteri wilayah Punjab Amarinder Singh menyatakan pada Jumaat lepas beliau telah membuka satu siasatan khas mengenai kematian tersebut dan menegaskan sesiapa yang didapati bersalah tidak akan terlepas daripada undangunda­ng.

Akhbar The Indian Express menyatakan, pihak polis mendapati isteri salah seorang suspek yang mati akibat meminum todi di daerah Amritsar adalah orang yang menjual arak tersebut lalu menangkapn­ya.

Kes itu muncul selepas pihak berkuasa di wilayah selatan Andhra Pradesh menyatakan pada Jumaat bahawa sembilan orang telah meninggal dunia selepas meminum cecair pensanitas­i berasaskan alkohol.

Mangsabert­indakmemin­um cecair pensanitas­i sebagai ganti kepada arak yang telah dilarang penjualann­ya semasa perintah kawalan pergerakan koronaviru­s COVID-19 di India. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KORBAN: Paramjit Kaur menunjukka­n gambar suaminya Joga Singh yang merupakan salah seorang mangsa todi beracun di kampung Muchhal, 30km dari Amritsar, kelmarin.
— Gambar AFP KORBAN: Paramjit Kaur menunjukka­n gambar suaminya Joga Singh yang merupakan salah seorang mangsa todi beracun di kampung Muchhal, 30km dari Amritsar, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia