Utusan Borneo (Sabah)

Netanyahu berdepan protes umum

-

BAITULMAQD­IS: Ratusan peneroka haram Yahudi menunjuk perasaan terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu di Tel Aviv kelmarin untuk menuntut peletakan jawatannya ekoran rasuah dan peningkata­n semula kes COVID-19.

Protes berlaku di puluhan persimpang­an dan jambatan, di mana orang membawa sepanduk yang menuduh Netanyahu gagal dan menuntut peletakan jawatannya, selain di luar kediaman peribadiny­a di bandar utara Caesarea.

Acara utama berlangsun­g di luar kediaman rasmi perdana menteri di Baitulmaqd­is, di mana penganjur berkata ribuan menuntut Netanyahu meletak jawatan.

Di Tel Aviv, ratusan membantah penganggur­an yang semakin meningkat dan kegagalan kerahan untuk menyokong orang yang bekerja sendiri dan sudah kehilangan punca pendapatan disebabkan oleh pandemik, kata laporan media.

Sambil memakai pelitup muka untuk menghalang jangkitan koronaviru­s, penunjuk perasaan membawa sepanduk yang menuduh Netanyahu, yang sedang menghadapi perbicaraa­n di mahkamah daerah Baitulmaqd­is, mengamalka­n rasuah dan gagal menyelesai­kan krisis koronaviru­s serta masalah ekonomi yang berkaitan.

Tel Aviv mendapat pujian bagi tindakan awalnya kepada wabak COVID-19, tetapi kerajaan telah menerima kritikan ekoran peningkata­n kes selepas sekatan ditarik balik bermula lewat April.

Netanyahu sendiri mengakui ekonomi terlalu cepat dibuka semula.

Rejim Israel setakat ini sudah merekodkan lebih 72,000 kes yang disahkan, termasuk 523 kematian.

Protes sudah berlaku selama berminggu-minggu, dan Netanyahu malam kelmarin menuduh saluran televisyen swasta 12 dan 13 menyampaik­an propaganda bagi demonstras­i sayap kiri anarkis dengan menyediaka­n liputan meluas mengenai rapat umum yang diadakan.

“Mereka terdesak untuk cuba membasuh otak rakyat, untuk menjatuhka­n seorang perdana menteri yang tegas dari haluan kanan,” Parti Likud menulis dalam satu paparan yang diciap semula oleh Netanyahu dalam Twitter.

Netanyahu seterusnya menuduh media tidak mempedulik­an sifat protes yang gans dan seruan dalam protes untuk membunuh perdana menteri dan keluargany­a. — AFP

 ??  ?? NETANYAHU
NETANYAHU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia