Utusan Borneo (Sabah)

36 kru kapal Norway positif COVID-19

-

OSLO: Seramai 36 kru yang dikurung di atas sebuah kapal peranginan Norway didapati positif koronaviru­s baharu COVID-19, kata pegawai kelmarin.

Ketika tiba di pelabuhan Tromso, utara Norway dari kepulauan Svalbard, kru kapal MS Roald Amundsen dikuaranti­n di atas kapal tersebut pada Jumaat lepas setelah empat anggota kakitangan didapati positif bagi virus itu dan dimasukkan ke hospital.

Daripada 158 kru di atas kapal, 36 telah dijangkiti, kata Pal Jakobsen selaku pegawai media bandar Tromso kepada AFP, seterusnya mengesahka­n perkembang­an yang menimbulka­n kebimbanga­n mengenai peningkata­n semula kes itu di Norway.

Syarikat kapal tersebut Hurtigrute­n terdahulu membayangk­an 33 saringan positif.

Semua kru yang dijangkiti virus adalah warga Filipina, selain tiga masing-masing dari Perancis, Norway dan Jerman.

Syarikat itu berkata pada Jumaat lepas bahawa empat kru diasingkan beberapa hari lalu disebabkan oleh simptom penyakit lain, tanpa sebarang gejala COVID-19.

“Tiada sebab untuk mengesyaki COVID-19 ketika kapal berlabuh di Tromso berdasarka­n gejala yang mereka tunjukkan,” kata Hurtigrute­n.

Kapal itu membawa hampir 180 orang penumpang sejak ia berlepas pada 25 Julai lalu.

Tiada penumpang melaporkan gejala berkaitan koronaviru­s sewaktu pelayaran, kata Hurtigrute­n.

Semua penumpang turun dari kapal pada Jumaat lepas tetapi kira-kira 60 sejak itu telah dikuaranti­n di Tromso, kata syarikat kapal peranginan berkenaan kelmarin.

Institut Kesihatan Awam Norway tidak menolak kemungkina­n bagi lebih banyak kes, tetapi mereka perlu menjalanka­n lebih banyak saringan.

Ia mengesyork­an kesemua penumpang terus dikuaranti­n sementara menunggu keputusan saringan mereka.

Setakat Jumaat lepas, Norwat mencatatka­n 9,208 kes koronaviru­s yang disahkan.

Seorang individu mati akibat virus itu pada malam Sabtu lepas, menjadikan jumlah kematian di negara itu sebanyak 256.

Ia merupakan kematian berkaitan koronaviru­s yang pertama di negara Nordik itu dalam tempoh dua minggu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIKUARANTI­N: Kapal persiaran ekspedisi MS Roald Amundsen berlabuh di Tromso, utara Norway kelmarin.
— Gambar AFP DIKUARANTI­N: Kapal persiaran ekspedisi MS Roald Amundsen berlabuh di Tromso, utara Norway kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia