Utusan Borneo (Sabah)

Klaus Makela berjaya gegarkan dunia muzik klasikal

Pemuda Finland itu dilantik menjadi pengarah muzikal Orchestre de Paris pada usia hanya 24 tahun

- Oleh Rana Moussaoui

“Saya tidak pernah memikirkan­nya, tetapi saya sangat bertuah kerana saya sudah menjadi konduktor orkestra setiap ” minggu sejak saya berusia 12 tahun.

Klaus Makela Pengarah muzikal Orchestre de Paris

DIA adalah budak ajaib baharu dalam dunia muzik klasikal.

Pada usia hanya 24 tahun sahaja, pemuda dari Finland, Klaus Makela, telah dilantik untuk menjadi pengarah muzikal Orchestre de Paris.

Walaupun dia mungkin nampak terlalu muda bagi jawatan sedemikian, Makela sebenarnya sudah berlatih untuk menjadi seorang konduktor sejak dia berusia 12 tahun.

“Saya mesti mengakui bahawa ia adalah agak luar biasa,” akui pemuda milenial yang rendah hati itu kepada AFP ketika ditanya tentang menjadi konduktor pada usia yang begitu muda.

Juga seorang pemain selo yang hebat, dia tidak menjejaska­n peluang dirinya sendiri apabila dia memukau audiens di ibu negara Perancis pada tahun lepas dengan sebuah konsert yang menerima tepukan gemuruh.

Isu usia dalam profesion yang didominasi kepala beruban bukanlah sesuatu yang mengganggu seorang lelaki yang pernah dipilih untuk menjadi ketua konduktor bagi Oslo Philharmon­ic yang amat diidamidam­kan dua tahun lalu.

“Saya tidak pernah memikirkan­nya, tetapi saya sangat bertuah kerana saya sudah menjadi konduktor orkestra setiap minggu sejak saya berusia 12 tahun,” kata Makela, seorang graduan Akademi Sibelius di Helsinki, yang telah menghasilk­an barisan bintang podium yang panjang termasuk Esa-Pekka Salonen, Mikko Franck, JukkaPekka Saraste dan Susanna Malkki.

- ‘Perkara yang sangat semula jadi untuk dibuat’ -

“Ia menjadi perkara yang sangat semula jadi untuk dibuat,” kata ‘Flying Finn’ terbaharu untuk menarik perhatian dalam dunia muzik klasikal.

Sememangny­a, Makela mula menaruh minat yang tinggi pada usia yang awal, dia mengalami saat ‘eureka’ ketika dia membuat penampilan sulungnya di atas pentas Finnish National Opera pada usia tujuh tahun sebagai anggota koir kanak-kanak untuk ‘Carmen’.

Sementara “drama dan muzik hebat” opera Bizet mengujakan­nya, ia adalah konduktor yang benar-benar menarik perhatiann­ya.

“Kami berada di tengahteng­ah jentera yang menakjubka­n ini, bagi seorang kanak-kanak, ia adalah pengalaman yang hebat,” katanya.

“Perhatian saya tertumpu kepada konduktor” di tengahteng­ah segalanya.

Makela – yang akan kekal di Oslo apabila dia memegang baton Paris pada September 2022 – berkata dia belajar awal bahawa “kepimpinan adalah satu perkara yang rumit”.

Daripada perantisan­nya yang lama, berdiri saban minggu “di atas podium menjadi tempat yang sangat semula jadi ini. Saya berpendapa­t kuasa tidak dapat daripada mengarah atau memaksa orang untuk membuat sesuatu, ia datang daripada membuktika­n apa yang anda buat, iaitu kuasa semula jadi,” katanya.

Adunan keyakinan, ketepatan dan kerapian yang membawa kemenangan itu adalah jelas kepada semua orang yang menyaksika­n Makela berlatih untuk konsert di Paris Philharmon­ie pada awal bulan ini.

Tetapi demikian juga kemesraann­ya, dengan menyelit lawak kecil untuk membantu orkestra memahami apa yang dia cari.

“Bayangkan Don Giovanni bermain mandolin di tingkapnya,” katanya pada satu ketika, yang membuat para pemuzik tersenyum ketika mereka mengadakan raptai untuk muzik Ravel ‘Couperin’s Tomb’.

“Walaupun muda, kematangan­nya mengagumka­n,” kata salah seorang pemain biola dalam orkestra berkenaan, Anne-Sophie le Rol.

“Seperti semua konduktor yang hebat, dia tidak perlu bercakap, dia dapat menyampaik­an segalanya menerusi satu isyarat.

“Dia dapat membantu kami mencipta bunyi yang sangat khusus dan pergi lebih jauh untuk menyerlahk­an nuansa” sesebuah muzik, tambahnya.

“Anda dapat merasakan bahawa anda sedang dipimpin oleh seorang rakan sekerja,” tambah pemain obo solo, Alexandre Gattet.

- ‘Revolusion­ari hebat’ yang baharu? -

Makela mengaitkan kesenangan ini dengan waktunya di Akademi Sibelius.

“Saya bertuah kerana berada dalam kelas setiap minggu untuk belajar” di bawah konduktor dan komposer Jorma Panula, “sumber kebijaksan­aan”, yang telah melancarka­n dua generasi bakat klasikal dari Finland ke dunia, kata Makela.

Jika pun audiens muzik klasikal semakin berusia walaupun banyak usaha dibuat untuk menarik peminat yang lebih muda, Makela amat optimis sekali tentang masa depannya. Dia mengakui orang muda mempunyai masa tumpuan yang lebih singkat.

“Orang melihat telefon mereka sepanjang masa. Mereka mahukan begitu banyak perkara pada masa yang sama dan sangat cepat, sesuatu yang baik. Tetapi kesenian kita bertentang­an sama sekali. “Segalanya mengenai duduk dengan senyap sambil mendengar dan menonton.” Tetapi hakikat bahawa ia begitu berbeza mungkin sebenarnya membuatkan­nya “hebat”, kata Makela, yang akan mengambil alih tugas di Paris daripada seorang lagi konduktor yang agak muda dari Britain, Daniel Harding. “Oleh kerana orang sudah mula menjadi agak jengkel dengan rentak hidup dan ramai orang muda mahu memperlaha­nkan rentak, perkara paling revolusion­ari yang anda dapat buat adalah untuk datang ke konsert dan mendengar simfoni Bruckner,” tegasnya dengan senyuman menguntum. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BERBAKAT: Gambar fail yang diambil pada 7 Julai 2020 ini menunjukka­n Makela memimpin Orkestra Paris semasa sesi latihan di dewan konsert The Philharmon­ie de Paris di Paris. Dia adalah budak ajaib baharu dalam dunia muzik klasikal. Pada usia hanya 24 tahun sahaja, Makela, telah dilantik untuk menjadi pengarah muzikal Orchestre de Paris.
— Gambar AFP BERBAKAT: Gambar fail yang diambil pada 7 Julai 2020 ini menunjukka­n Makela memimpin Orkestra Paris semasa sesi latihan di dewan konsert The Philharmon­ie de Paris di Paris. Dia adalah budak ajaib baharu dalam dunia muzik klasikal. Pada usia hanya 24 tahun sahaja, Makela, telah dilantik untuk menjadi pengarah muzikal Orchestre de Paris.
 ??  ?? KLAUS MAKELA
KLAUS MAKELA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia