Utusan Borneo (Sabah)

Sukarelawa­n NGO direman kerana disyaki bunuh isteri

Mangsa dijerut dengan tudung kerana berkeras untuk bercerai

-

“Bedah siasat yang dijalankan pada 30 Julai mendapati punca kematian ialah akibat dijerut dan suspek ditangkap di pekarangan Hospital Serdang pada 12.30 ” tengah hari tarikh yang sama.

ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof Ketua Polis Daerah Sepang

PUTRAJAYA: Seorang sukarelawa­n pertubuhan bukan kerajaan berusia 41 tahun ditahan reman sehingga 6 Ogos bagi membantu siasatan polis selepas dipercayai menjerut leher isterinya sehingga mati dengan tudung yang dipakai mangsa dalam sebuah kenderaan di Putra Perdana, Dengkil pada petang Rabu, dua hari sebelum sambutan Aidiladha.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata setelah mendapati mangsa, seorang pensyarah universiti awam berusia 40 tahun, sudah tidak bernyawa, suspek dipercayai memandu Perodua Myvi terlibat menghala ke Tasik Perbadanan

Kemajuan Negeri Selangor di Pinggiran Cyberjaya dan meletakkan mayat mangsa di tempat pemandu sebelum meninggalk­an kenderaan itu dengan enjin dihidupkan.

“Selepas itu, suspek pulang ke rumah dan keluar bersama anak perempuann­ya berusia 14 tahun dengan perkhidmat­an e-hailing kononnya untuk mencari mangsa yang didakwa tidak pulang ke rumah sejak 4 petang hari yang sama. Suspek mendakwa beliau bersama pemandu perkhidmat­an e-hailing menemui kenderaan mangsa selepas tengah malam dan menghubung­i polis setelah mendapati mangsa tidak bergerak.

“Bedah siasat yang dijalankan pada 30 Julai mendapati punca kematian ialah akibat dijerut dan suspek ditangkap di pekarangan Hospital Serdang pada 12.30 tengah hari tarikh yang sama,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, suspek mengaku membunuh isterinya kerana mangsa berkeras untuk bercerai selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniaka­n seorang anak perempuan.

“Suspek turut menunjukka­n tempat barangan si mati dibuang dan mengaku merosakkan telefon milik si mati sebelum membuangny­a,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia