Utusan Borneo (Sabah)

1,600 keluarga dapat manfaat ‘Korban Perdana dengan IKHLAS’

-

SERDANG: Sebanyak 1,600 keluarga penerima dalam kalangan badan bukan kerajaan (NGO), rumah anak yatim dan madrasah terpilih sekitar Lembah Klang memperoleh manfaat menerusi inisiatif ‘Korban Perdana dengan IKHLAS’ yang menyumbang­kan 11 ekor lembu, semalam.

Ketua Komersial Mahsuri Food Sdn Bhd, Mohd Jazri Ikmal Hijaz berkata program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) itu adalah yang keempat diadakan dengan kerjasama IKHLAS iaitu jenama perniagaan baharu di bawah naungan AirAsia.com yang ditubuhkan khusus untuk membantu komuniti Muslim.

“Mahsuri berharap sumbangan dan kerjasama ini dapat membantu masyarakat yang terjejas terutamany­a semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik COVID-19.

“Ini merupakan program kebajikan (CSR) yang keempat bersama Ikhlas.com sejak PKP bermula. InsyaAllah kami akan terus bekerjasam­a dengan Ikhlas.com atau mana-mana NGO untuk terus membantu masyarakat tempatan yang asnaf,” katanya selepas program Korban Perdana dengan IKHLAS, di sini.

Turut hadir Ketua IKHLAS, Ikhlas Kamarudin, usahawan selebriti tempatan Datuk Fizz Fairuz dan Presiden Kelab Wanita Ikon Malaysia Datuk Normaziah Sheikh Mohamed.

Menurut Mohd Jazri, pelaksanaa­n ibadah korban dari proses penyembeli­han serta melapah dijalankan dalam suasana normal baharu dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) iaitu tidak lebih 20 orang untuk seekor haiwan, pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal dijaga untuk mengelak penularan COVID-19.

“Mahsuri sebagai syarikat pengeluar kicap dan sos masakan tempatan berhasrat untuk membantu komuniti tempatan kerana ramai antara mereka terjejas kerana PKP. Program hari ini antara tanggungja­wab sosial korporat Mahsuri Food untuk memberi balik kepada masyarakat, dan kita bekerjasam­a dengan IKHLAS kerana kita mempunyai misi dan objektif yang sama,” katanya.

Sementara itu, Ikhlas berkata susulan sambutan menggalakk­an melalui “Korban Perdana dengan IKHLAS”, pihaknya akan terus menyediaka­n perkhidmat­an lain yang mudah dan lancar untuk umat Islam memenuhi kewajipan mereka membantu golongan memerlukan.

“Kami berterima kasih kepada mereka yang menempah korban melalui perkhidmat­an dalam talian. Bersama-sama kita menjadikan sambutan Aidiladha lebih bermakna kepada mereka yang memerlukan, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di 35 negara lain yang merupakan sebahagian daripada inisiatif “Korban Perdana dengan IKHLAS” ini,” katanya.

Mahsuri adalah jenama sos buatan Malaysia diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan boleh didapati di negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan Singapura. Daripada hanya satu sos pada peringkat awal, kini Mahsuri menawarkan tujuh jenis perisa.

 ?? — Gambar Bernama ?? ALBUM: Ikhlas (duduk kiri) bersama Mohd Jazri (duduk kanan) bersama para wakil NGO dan penerima sumbangan pada hari terakhir Aidiladha sempena program ‘Qurban Perdana Dengan IKHLAS’ di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang semalam.
— Gambar Bernama ALBUM: Ikhlas (duduk kiri) bersama Mohd Jazri (duduk kanan) bersama para wakil NGO dan penerima sumbangan pada hari terakhir Aidiladha sempena program ‘Qurban Perdana Dengan IKHLAS’ di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang semalam.
 ?? — Gambar Bernama — Gambar Bernama ?? RINGAN TULANG: Mohd Safie Ramlan melapah daging korban sebelum diagihkan pada hari terakhir Aidiladha sempena program ‘Qurban Perdana Dengan IKHLAS’ di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang semalam.
— Gambar Bernama — Gambar Bernama RINGAN TULANG: Mohd Safie Ramlan melapah daging korban sebelum diagihkan pada hari terakhir Aidiladha sempena program ‘Qurban Perdana Dengan IKHLAS’ di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang semalam.
 ??  ?? MULIA: Para petugas memikul daging korban pada hari terakhir Aidiladha sempena program ‘Qurban Perdana Dengan IKHLAS’ di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang semalam.
MULIA: Para petugas memikul daging korban pada hari terakhir Aidiladha sempena program ‘Qurban Perdana Dengan IKHLAS’ di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? IBADAH KORBAN: Para petugas kelihatan bertungkus lumus untuk menumbangk­an lembu yang akan dikorbanka­n pada hari terakhir Aidialdha sempena program ‘Qurban Perdana Dengan IKHLAS’ di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang semalam.
— Gambar Bernama IBADAH KORBAN: Para petugas kelihatan bertungkus lumus untuk menumbangk­an lembu yang akan dikorbanka­n pada hari terakhir Aidialdha sempena program ‘Qurban Perdana Dengan IKHLAS’ di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia