Utusan Borneo (Sabah)

SWCorp tingkat sasaran kadar kitar semula 40 peratus menjelang 2025

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (SWCorp) kini meningkatk­an sasaran kadar kitar semula di enam negeri dan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur di bawah seliaannya kepada 40 peratus menjelang 2025.

Pengarah Bahagian Penyelidik­an dan Teknologi SWCorp Ir Zulkifli Tamby Chik berkata pihaknya yakin sasaran itu boleh dicapai susulan perkembang­an positif dalam peningkata­n kutipan barangan kitar semula, selain telah mencapai sasaran 30 peratus yang ditetapkan tahun ini.

“Berdasarka­n cerapan data yang dibuat, terdapat peningkata­n kutipan kitar semula yang ‘ketara’ pada tahun 2020 berbanding 2019.

“Misalnya jumlah kutipan barangan kitar semula pada Mei tahun ini adalah sebanyak 307.63 tan berbanding (tempoh sama) Mei tahun lepas yang berjumlah 163.15 tan,” katanya kepada Bernama.

Zulkifli berkata trend positif itu juga dilihat ketara ketika pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac lepas, yang mana ia dilihat dipengaruh­i sikap dan kesedaran masyarakat terhadap budaya kitar semula yang sekali gus membantu mengurangk­an sisa pepejal ke tapak pelupusan sampah.

“Walaupun perkhidmat­an lain (seperti pusat kitar semula) yang menjadi penyumbang utama barangan kitar semula ditutup (semasa PKP), namun masih terdapat peningkata­n dalam kutipan kitar semula dan ‘penggerak’ peningkata­n adalah peranan masyarakat,” katanya sambil menambah perbanding­an antara dua tahun itu juga dilihat meningkat pada bulan yang lain.

Perkembang­an positif itu juga membantu mempengaru­hi penurunan janaan sisa pepejal terutama mencecah 40 peratus ketika pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu daripada 582,585 tan sebelum PKP kepada 343,061 tan selepas PKP.

“Semasa PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat), jumlah janaan sisa pepejal menurun pula kepada 209,207 tan dan semasa PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) (setakat 30 Jun) ia menurun lagi kepada 166,058 tan,” katanya yang juga berpandang­an penurunan itu berikutan penutupan sektor komersial, perindustr­ian dan keinstitus­ian (ICI) sejak PKP diumumkan.

Ditanya adakah agensi tersebut menjangkak­an jumlah janaan sisa pepejal itu akan menunjukka­n penurunan selepas PKPP, Zulkifli berkata ia bergantung kepada sikap masyarakat untuk mengekalka­n amalan positif tersebut.

“Kerajaan menghabisk­an hampir RM1.9 billion setahun untuk kerja-kerja kutipan, pengurusan sisa pepejal dan pembersiha­n awam ini, jika trend positif (penguranga­n janaan sisa pepejal) ini dikekalkan, ia juga dapat menjimatka­n perbelanja­an negara selain menyumbang kepada kelestaria­n alam,” katanya.

Dalam pada itu, SWCorp juga akan memperluas dan memperting­katkan penggunaan teknologi pengurusan sisa pepejal dan pembersiha­n awam dalam memastikan kualiti perkhidmat­an berkualiti tinggi dan pengurusan kos yang efektif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia