Utusan Borneo (Sabah)

Polis cadang hadkan kemasukan ke Teluk Cempedak supaya penjarakan fizikal dipatuhi

-

KUANTAN: Polis akan mengemukak­an cadangan supaya kemasukan pengunjung ke pantai peranginan Teluk Cempedak di sini, dihadkan terutamany­a pada hujung minggu bagi memastikan aspek penjarakan fizikal dapat dipatuhi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata cadangan itu difikirkan perlu ekoran tinjauan polis pada petang semalam, mendapati jumlah pengunjung di situ terlalu ramai sehingga berlaku kesesakan di laluan masuk ke pantai itu.

“Pengunjung masih berterusan mahu masuk menyebabka­n polis terpaksa mengarahka­n mereka membuat pusingan-u. Kita telah terangkan situasi yang berlaku dan minta supaya mereka kembali semula pada hari lain kerana ini melibatkan aspek keselamata­n.

Walaupun tinjauan di pantai mendapati pengunjung akur menggunaka­n pelitup muka seperti arahan kerajaan, namun jumlah yang terlalu ramai menyukarka­n mereka mengamalka­n penjarakan fizikal,” katanya kepada media di sini, semalam.

Mohamad Noor berkata cadangan itu akan dibincangk­an dengan pihak berkaitan termasuk Majlis Perbandara­n Kuantan(MPK)danberhara­p masyarakat dapat memahami tindakan itu terpaksa diambil bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Selain Teluk Cempedak, Mohamad Noor berkata pihaknya akan terus membuat tinjauan di lokasi tumpuan awam sekitar Kuantan termasuk di pasar bagi memastikan orang awam terus menggunaka­n pelitup muka di situ.

“Tumpuan juga akan diberikan kepada pengangkut­an awam kerana ia melibatkan pelbagai peringkat usia. Pemeriksaa­n secara mengejut akan dilakukan secara berkala di terminal bas selain sekatan jalan raya.

“Kita berharap pengendali syarikat pengangkut­an awam dapat memberikan kerjasama kepada polis dan mematuhi semua garis panduan yang telah ditetapkan kerajaan,” katanya.

Pada perkembang­an berkaitan, Mohamad Noor berkata mereka mengeluark­an kompaun kepada 17 individu kerana tidak memakai pelitup muka pada operasi pematuhan di sekitar bandar ini, Teluk Cempedak, Terminal Sentral Kuantan dan sebuah pusat beli-belah di sini, kelmarin.

Operasi itu diadakan selama dua jam bermula jam 4 petang dan selain polis, turut melibatkan anggota tentera, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan MPK.

Mohamad Noor juga menasihatk­an ibu bapa untuk peka dengan keberadaan anak terutamany­a golongan remaja, supaya turut mematuhi peraturan menggunaka­n pelitup muka kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabka­n mereka dikenakan denda RM1,000.

“Mereka yang banyak ditegur kerana tidak menggunaka­n pelitup muka dengan betul adalah golongan remaja. Jika ditahan, kita akan memanggil ibu bapa mereka supaya mereka tahu kesalahan yang telah dilakukan anak mereka,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Nolee (lima kiri) mengibarka­n Jalur Gemilang pada Program Mengibar Jalur Gemilang anjuran Gabungan NGO Prihatin Perak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh dan Rukun Tetangga Kinta Heights di Pangsapuri Kinta Heights, Ipoh semalam. Turut sama ialah Rumaizi (tiga kiri).
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Nolee (lima kiri) mengibarka­n Jalur Gemilang pada Program Mengibar Jalur Gemilang anjuran Gabungan NGO Prihatin Perak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh dan Rukun Tetangga Kinta Heights di Pangsapuri Kinta Heights, Ipoh semalam. Turut sama ialah Rumaizi (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia