Utusan Borneo (Sabah)

Situasi kes COVID-19 di daerah Kuching semakin baik

Bertukar status daripada Zon Merah kepada Zon Kuning selepas hanya 39 kes positif dilapor dalam tempoh 14 hari lepas

-

KUCHING: Daerah Kuching bertukar status daripada Zon Merah kepada Zon Kuning semalam selepas hanya 39 kes positif COVID-19 tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataann­ya berkata empat daerah iaitu Samarahan, Serian, Bau dan Lundu masih kekal berstatus kuning manakala daerah-daerah lain berstatus hijau.

“Hari ini (semalam) tiada kes positif baharu COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif di Sarawak kekal sebanyak 678 kes.

“Tiga kes baharu telah pulih dan discaj dari Hospital Umum Sarawak (HUS), menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif yang telah pulih dan discaj seramai 594 orang atau 87.61 peratus setakat ini,” katanya.

JPBNS turut memaklumka­n terdapat 10 kluster masih aktif iaitu Kluster Syarikat Kejurutera­an (8 kes), Kluster Mambong (7 kes), Kluster Pusat Perubatan (3 kes), Kluster Jupiter (3 kes) dan Kluster Pasar Stutong (7 kes).

Lagi kluster aktif, Kluster Jeti Kuching (2 kes), Kluster Sentosa (31 kes), Kluster PUI Melbourne (3 kes), Kluster Syarikat Pembinaan (2 kes) dan Kluster Pasar Satok (4 kes).

Dalam pada itu seramai 65 orang masih menerima rawatan di wad isolasi hospital dengan jumlah kematian kekal 19 orang atau 2.8 peratus.

Manakala 10 orang disyaki (PUI) baharu dilaporkan semalam dan lapan kes masih menunggu ujian makmal.

Semalam juga seramai 121 orang di bawah pengawasan (PUS) telah mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin.

Ini menjadikan jumlah keseluruha­n PUS di 13 hotel

“Hari ini (semalam) tiada kes positif baharu COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif di Sarawak kekal sebanyak 678 kes.

JPBNS

adalah seramai 756 orang dengan seramai 19,372 PUS telah tamat menjalani tempoh kuarantin.

JPBNS turut menasihati orang ramai agar tidak leka dan terus kekal berwaspada.

Orang ramai turut dinasihati mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta mengamalka­n kebiasaan baharu seperti menjaga penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.

 ??  ?? MAKLUMAT: Statistik terkini kes COVID-19 di Sarawak setakat 2 Ogos 2020.
MAKLUMAT: Statistik terkini kes COVID-19 di Sarawak setakat 2 Ogos 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia