Utusan Borneo (Sabah)

Pergerakan keluar rakyat dari Sarawak tidak perlu kebenaran polis

-

KUCHING: Pergerakan keluarraky­atdariSara­wakkeSemen­anjung,SabahdanLa­buan tidak perlu mendapatka­n kebenaran daripada polis.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataann­ya berkata surat kebenaran hanya diperlukan bagi pergerakan antara Zon 1 dan Zon 2.

Zon 1 katanya, meliputi bahagian Kuching, Samarahan dan Serian manakala Zon 2 meliputi bahagian Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

“Mana-mana pergerakan yang melibatkan Zon 1 dan Zon 2 hendaklah mendapatka­n kebenaran bertulis daripada balai polis berhampira­n.

“Manakala pergerakan keluar dari Sarawak ke Semenanjun­g, Sabah dan Labuan, tidak perlu mendapatka­n kebenaran daripada polis,” jelasnya.

Dalam pada itu polis telah mengeluark­an sebanyak 76 notis kompaun kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Daripada jumlah tersebut sebanyak 52 notis kompaun dikeluarka­n di Sibu, Samarahan (9), Betong (6), Miri (4), Padawan (4) dan satu di Sarikei.

Manakala dua kes tangkapan dilakukan membabitka­n warga tempatan di sebuah bistro di Sibu kerana gagal menunjukka­n dokumen pengenalan diri.

Selain itu sebanyak 2,025 premis telah dipantau melibatkan pasar raya, restoran, kilang, bank, pejabat kerajaan, penjaja, pasar tani/ awam, tempat ibadah, tempat riadah, tapak pembinaan dan lain-lain.

Enam sekatan jalan dijalankan di lima daerah sempena Ops Benteng iaitu di Lundu, Bau, Serian, Sri Aman dan Lubok Antu dengan sebanyak 1,810 kenderaan diperiksa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia