Utusan Borneo (Sabah)

Polis Betong keluarkan enam kompaun langgar SOP

-

BETONG: Sebanyak enam kompaundik­eluarkanpa­daharipert­ama pelaksanaa­n pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah KawalanPer­gerakan(PKP)Pemulihand­anPKPBersy­aratdiSara­wak yang berkuat kuasa mulai kelmarin hingga 14 Ogos ini.

Ketua Polis Daerah Betong DSP Zamry Alli berkata, pasukan pemantau daripada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Betong telah menjalanka­n pemeriksaa­n di kawasan daerah Betong mulai semalam.

“Berikutan itu, pihak polis telah melakukan pemantauan di beberapa kawasan dan menahan enam lelaki yang masing-masing (empat dan dua lelaki di lokasi berasingan) kerana didapati melakukan kesalahan sebelum dikompaun RM1,000.

“Kesemua mereka masing-masing telah dikeluarka­n kompaun mengikut Perkara 10, Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (No 7) 2020 kerana tidak memakai pelitup muka semasa pemeriksaa­n dijalankan,” katanya dalam satu siaran media yang dikeluarka­n semalam.

Tambahnya, pihak polis tidak akan berkomprom­i terhadap pelanggara­n SOP PKPP dan akan terus mengambil tindakan kompaun terhadap mereka yang masih degil.

Beliau turut menegaskan bahawa penguasaan pematuhan SOP amat perlu bagi mencegah penularan COVID-19.

“Masyarakat dikehendak­i mematuhi peraturan dan SOP PKPP bagi mencegah penularan COVID-19.

“Kerjasama masyarakat amat penting dalam penjagaan kesihatan kendiri bagi terus memastikan diri dan keluarga sihat dan masyarakat sekeliling juga terhindar daripada wabak penyakit yang menular.

“Masyarakat di Betong amnya terus bebas daripada wabak ini dan sama-sama kita kekalkan daerah Betong sebagai Zon Hijau,” ujarnya.

Tambahnya, bagi ahli keluarga yang berada di Zon Merah atau Kuning, dinasihati supaya patuh kepada arahan rentas daerah dan tidak perlu balik dahulu untuk berjumpa keluarga kecuali jika perlu sahaja.

“Pada masa yang sama, masyarakat di daerah ini juga tidak digalakkan merentas daerah kecuali atas alasan yang dibenarkan sahaja.

“Lindungi keluarga, ibu bapa, saudara-mara atau orang kampung kita daripada wabak COVID-19,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia