Utusan Borneo (Sabah)

JPBBM patuhi arahan, peraturan JPBNS dalam pemeriksaa­n, swab kesan COVID-19

-

MIRI: Bagi melancarka­n proses pemeriksaa­n atau swab mengesan dan membendung penularan wabak COVID-19 di negeri ini, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri (JPBBM) mematuhi arahan dan peraturan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Menteri bertanggun­gjawab terhadap JPBBM Datuk Lee Kim Shin berkata seiring dengan dasar kuarantin dari tempoh 1 hingga 14 Ogos ini, JPBBM menegaskan bahawa penduduk dan pelawat dari Semenanjun­g Malaysia, Labuan dan Sabah kembali ke Miri dan alamat tempat tinggal mereka berada di sini wajib menjalani perintah kuarantin di rumah seperti diarah pegawai kesihatan.

“Tarikh dan masa mereka menjalani pemeriksaa­n swab hari kedua direkodkan dan ditulis dalam dokumen Perintah Kuarantin,” katanya sambil menambah, mereka perlu datang ke pusat pemeriksaa­n ditetapkan iaitu di Stadium Tertutup Miri.

“Pemeriksaa­n mereka diambil oleh anggota kesihatan ditempatka­n di sana,” ujarnya sambil menambah, Stadium Tertutup Miri baharu sahaja disiapkan sebagai pusat sehenti pemeriksaa­n swab COVID19.

Sepanjang tempoh ini, pusat itu memenuhi kemasukan pelancong yang memerlukan pemeriksaa­n swab buat kali kedua mengikut tarikh dan hari ditetapkan.

Katanya, Stadium Tertutup Miri mempunyai kelebihan dari segi kemudahan tempat letak kereta dan pengudaraa­n baik dan ruang luas untuk orang awam serta amat sesuai untuk petugas penjagaan kesihatan melakukan pemeriksaa­n.

Beliau berkata, kerjakerja pembersiha­n atau sanitasi kawasan itu dilakukan setiap hari oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Miri.

“Pelawat datang wajib mengikuti temu janji swab hari kedua ke Stadium Tertutup Miri. Sila pakai pelitup separuh muka tiga lapis dan mematuhi peraturan jarak fizikal.

“Setelah prosedur pemeriksaa­n atau swab selesai, mereka harus kembali ke rumah semula untuk meneruskan proses kuarantin,” katanya.

Hasil sapuan diberitahu kepada mereka melalui SMS Infoblast ke telefon mereka. Setelah keputusan diterima, mereka boleh datang ke Stadium Tertutup Miri untuk mendapatka­n pelepasan perintah kuarantin.

Bagi pengembara atau mereka yang tinggal di luar kawasan Miri seperti di Subis, Beluru, Marudi dan Telang Usan akan dimasukkan ke pusat kuarantin kerajaan (hotel ditentukan) sebaik tiba di Lapangan Terbang Miri serta Pos Imigresen dan Kastam Sungai Tujoh.

Mereka dibawa ke pusat kuarantin melakukan pemeriksaa­n dan seterusnya pemeriksaa­n kali kedua.

Hanya jika hasilnya negatif maka mereka dibenarkan pulang ke kediaman masingmasi­ng dengan pelepasan perintah kuarantin.

Lee turut menekankan bahawa pelawat atau penduduk mempunyai sejarah baru pulang dari luar negara (termasuk Brunei) dikuaranti­n di pusat kuarantin (di hotel yang ditentukan) dan swab dilakukan pada hari kedua dan hari ke-10.

Sebaik sahaja hasilnya adalah negatif dan selesai 14 hari kuarantin, baharulah mereka dibenarkan pulang ke rumah atau kediaman masing-masing.

Bagi pihak JPBBM, Lee merayu semua penduduk dan pelawat datang ke bandar raya ini mengambil perhatian peraturan ini dan mematuhi garis panduan ditetapkan JPBNS.

“JPBBM sentiasa berikrar menjadikan keseluruha­n langkah pemeriksaa­n dan pencegahan COVID-19 dilaksanak­an secara teliti dan sokongan serta kerjasama semua pihak amatlah diperlukan dan dihargai,” katanya.

 ??  ?? TINJAU: Lee bercakap kepada petugas Pejabat Kesihtan Miri semasa mengadakan tinjauan ke pusat sehenti bagi pemeriksaa­n COVID-19 di Stadium Tertutup Miri semalam.
TINJAU: Lee bercakap kepada petugas Pejabat Kesihtan Miri semasa mengadakan tinjauan ke pusat sehenti bagi pemeriksaa­n COVID-19 di Stadium Tertutup Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia