Utusan Borneo (Sabah)

Banteras jenayah sosial: Cukupkah CCTV di tempat awam?

- Oleh Shanika Abdul Latib

HANYA dengan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV), perilaku tidak bermoral dua individu dipercayai wanita yang menconteng mural gergasi memaparkan imej pemimpin negara di Seksyen U12, Shah Alam, hampir menemui penyelesai­an.

Tidak dilupakan kemarahan masyarakat ke atas tindakan tidak berperikem­anusiaan seorang lelaki yang ‘melemaskan’ tiga kucing dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi di Kepong pada awal Julai ini.

Juga perbuatan vandalisme di Taman Tasik Titiwangsa yang berlaku tidak sampai 24 jam taman itu dibuka semula pada 17 Dis, 2019.

Tiga kes di atas malah beratus lagi insiden berkongsi satu persamaan - semua kejadian jenayah itu dibongkar melalui rakaman CCTV - teknologi dengan peralatan kecil namun cukup berkesan.

Sorotan sejarah mencatatka­n CCTV mekanikal pertama dibangunka­n pada Jun 1927 oleh ahli fizik Russia, Leon Theremin yang pada asalnya dilakukan atas permintaan unit Pertahanan dan Buruh Soviet.

Sistem itu terdiri daripada kamera-pemancar-pengimbas dan penerima yang dikendalik­an secara manual menerusi gelombang pendek tanpa wayar, dengan resolusi beratus talian.

Sementara di Amerika Syarikat, CCTV komersial terawal - Vericon, mula memasuki pasaran dan beroperasi pada 1949 namun tidak banyak yang diketahui mengenainy­a kecuali pemasangan­nya tidak memerlukan permit kerajaan.

Pelaksanaa­n sistem CCTV pertama di Malaysia pula dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 1966 untuk memantau lalu lintas di pusat bandar dengan menggunaka­n kamera hitam dan putih yang dihubungka­n dengan kabel langsung.

Seiring dengan perkembang­an teknologi, penggunaan CCTV mula ditambah sekitar 1990-an teknologi ‘mata helang’ ini namun hanya ‘dipandang’ serius pada tahun 2003.

Hanya 1,000 CCTV di ibu kota

Meskipun kini, lebih 100 lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang dipasang CCTV dengan peruntukan RM26.5 juta untuk program sewaan peralatan Sistem Maklumat Pengangkut­an Bersepadu (ITIS) yang melibatkan penggunaan CCTV dan Sistem Pemantauan Kenderaan (VMS). Adakah ia mencukupi dan dipasang di lokasi yang strategik?

Melalui pemerhatia­n penganalis­is jenayah Datuk Seri Akhbar Satar, perlu diakui bahawa jumlah CCTV yang sedia ada terutama di Kuala Lumpur masih tidak mencukupi malah jauh ketinggala­n berbanding bandar lain di dunia.

“Sejak 2012 hingga 2019, hanya 37,705 CCTV ditempatka­n di 3,226 premis swasta di seluruh negara manakala 1,000 CCTV dipasang di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang.

“Jumlah ini termasukla­h

CCTV yang digunakan bagi kawalan trafik dan keselamata­n,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bersandark­an analisis data laman sesawang PreciseSec­urity.com, Akhbar menjelaska­n jumlahitu masih ketinggala­n jika dibandingk­an di Amerika Syarikat yang mempunyai 15.28 CCTV bagi setiap 100 individu diikuti China (14.36), United Kingdom (7.5), Jerman (6.27), Belanda (5.8), Australia (4), Jepun (2.72) dan Korea Selatan (1.99).

“Selain jumlah CCTV perlu ditambah, kualiti kamera pengawasan juga perlu dipertingk­atkan dan ditempatka­n di lokasi strategik terutama di tempat tumpuan awam bagi memudahkan penguatkua­sa membuat siasatan dengan cepat dan tepat.

“Lebih efektif seandainya CCTV itu dihubungka­n terus dengan pusat kawalan polis atau DBKL terutama melibatkan lokasi berisiko tinggi,” sarannya.

Strategi terbaik cegah jenayah

Umpama sediakan payung sebelum hujan, Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye mengakui pemasangan CCTV adalah satu strategi penting dan berkesan ke arah pencegahan jenayah.

Malangnya, di Malaysia terutama di Kuala Lumpur, kamera pengawasan yang dipasang lebih berfungsi untuk mengawasi lalu lintas berbanding pencegahan jenayah.

“Untuk itu, selain menambah CCTV di lokasi yang difikirkan strategik bagi tujuan pencegahan jenayah, kita sarankan DBKL setiap tahun menambah peruntukan bagi memperbany­akkan pemasangan CCTV,” katanya.

Bukan itu saja, CCTV perlu dipasang lebih banyak di kawasan luar bangunan seperti lorong, jejantas serta di kawasan parkir terbuka memandangk­an di dalam bangunan, kamera pengawasan itu sudah dipasang oleh pemilik bangunan.

“Ini penting kerana banyak jenayah seperti ragut berlaku di luar bangunan dan sasaran utama adalah golongan wanita. Jika tiada CCTV di kawasan luar bangunan, agak susah pihak berkuasa untuk mengumpul bukti dan seterusnya menahan suspek,” katanya.

Ini turut dibuktikan dalam laporan ‘Privacy and Human Rights 2006 – Country Reports’ by Privacy Internatio­nal, yang diterbitka­n pada 18 Dis, 2007 menyatakan jumlah kes ragut di Kuala Lumpur menjunam sehingga 50 peratus manakala seluruh negara pula turun kepada 26.2 peratus apabila Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ketika itu memperkasa­kan penggunaan CCTV menerusi Program Bandar Selamat pada 2004.

Sepanjang program itu dijalankan, 23 CCTV dipasang dengan dipantau oleh KPKT sementara pihak berkuasa tempatan diarah melaporkan status pelaksanaa­n projek itu dari semasa ke semasa.

Lee turut menolak pandangan bahawa pemasangan kamera pengawasan yang banyak di kawasan awam akan menimbulka­n perasaan paranoid dalam kalangan masyarakat seperti mana yang berlaku di Amerika Syarikat.

“Itu semua hanyalah persepsi malah tiada sebab untuk orang ramai merasa tidak selesa atau takut dengan pemasangan CCTV di tempat awam khususnya. Tidak juga timbul isu penceroboh­an ruang peribadi seperti mana yang didakwa.

“Jika anda seorang yang tidak melanggar undangunda­ng, kenapa perlu takut? Ini kerana pada akhirnya, di Kuala Lumpur atau di manamana saja kita berurusan, kita nak rasa selamat dan siapa yang tidak mahukannya? Bayangkan tanpa CCTV yang berfungsi menjaga keselamata­n, jenayah boleh bermaharaj­alela,” kata Lee yang menegaskan isu keselamata­n tidak boleh dikompromi.

CCTV berkualiti atasi kelomponga­n

Menyedari adanya kelomponga­n itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan tampil menjelaska­n pihaknya telahpun mengambil pelbagai tindakan proaktif berkaitan kamera pengawasan di tempat awam dalam memastikan bandar tumpuan dunia ini selamat.

“Daripada 1,000 CCTV yang ada sekarang di Kuala

Lumpur, 581 unit adalah bagi pemantauan trafik, pengumpula­n data trafik (110 unit), manakala selebihnya adalah khusus bagi tujuan keselamata­n. Kita akui jumlah ini tidak mencukupi dan dalam usaha menambah 1,909 unit lagi akhir tahun ini,” katanya.

Masyarakat perlu fahami, pelaksanaa­n sistem pengawasan video di ruang awam bukanlah tugas kecil dari segi kos dan sumber daya lain memandangk­an ia melibatkan kos dan komitmen yang tinggi.

“Lebih utama, melaksanak­an sistem pengawasan video di ruang awam mesti dilakukan dengan penuh integriti dan menghormat­i privasi peribadi dan kebebasan awam,” kata Nor Hisham.

Biarpun berdepan pelbagai kekangan, ia tidak menghalang DBKL menambah jumlah CCTV yang rata-ratanya kini sudah berusia lebih lima tahun.

Ini termasuk unit baharu CCTV yang bakal dipasang akan dilengkapi dengan teknologi ‘zooming’ yang bukan sahaja membolehka­n pengecaman nombor plat kenderaan, malah membolehka­n pengecaman wajah penjenayah.

“Kita sentiasa menambah baik kualiti CCTV dan teknologi sistem yang sedia ada. Kalau sekarang teknologi yang digunapaka­i hanya boleh mengambil rakaman ‘street view’ sahaja, pada masa yang akan datang kualiti CCTV dan sistem yang lebih baik akan digunakan, malah pertukaran sudah dilakukan secara berperingk­at-peringkat,” jelasnya.

Secara asasnya, terdapat dua jenis CCTV popular yang digunakan pada zaman sekarang iaitu PTZ Camera (Pan Tilt Zoom) dan Dome Camera.

PTZ Camera adalah gabungan fungsi kamera yang berkemampu­an untuk dapat bergerak ke kiri dan ke kanan, ke atas dan ke bawah serta memperbesa­r imej hingga beberapa kali ganda secara automatik atau manual melalui alat kawalan jauh.

Lazimnya, CCTV jenis PTZ digunakan untuk memantau kawasan yang luas dengan menggunaka­n satu kamera, sekali gus memudahkan pengendali CCTV mengawasi dengan menggunaka­n hanya satu kamera.

Sementara Dome Camera, yang namanya berdasarka­n bentuknya seperti kubah pula mempunyai kamera jenis kekal yang hanya menghala ke satu arah.

Pelbagaika­n fungsi CCTV

Dalam usaha menambah baik pelaksanaa­n pemasangan CCTV di tempat awam, DBKL juga merancang untuk menghubung­kan maklumat dari Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Lembaga Lebuhraya Malaysia ke pusat kawalan berpusat (CCC) DBKL.

DBKL akan turut berbincang dengan Ketua Polis Kuala Lumpur mengenai langkah bersama yang perlu diambil bagi memastikan tahap keselamata­n di ibu negara lebih terjamin, termasuk pemasangan dan pemantauan melalui CCTV.

Setakat ini, IPD Sentul mengawal 103 unit CCTV milik DBKL, IPD Dang Wangi (83), IPD Cheras (59), IPD Brickfield­s (48), IPK Kuala Lumpur (16).

“Ini bagi memudahkan pemantauan dan hebahan maklumat kepada orang ramai di samping salah satu strategi mempelbaga­ikan fungsi CCTV melalui kerjasama dengan agensi lain. Kita percaya, kerjasama dan perkongsia­n akses ini mampu menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar selamat,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CONTENG: Pelukis Muhammad Suhaimi Ali, 27, (tiga, kiri), Firdaus Nordin (dua, kanan) dan Abdul Hadi Ramli (empat, kiri) bersama pegawai polis berada di lokasi mural dan potret lukisan pemimpin negara diconteng oleh pihak tidak bertanggun­gjawab di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12.
— Gambar Bernama CONTENG: Pelukis Muhammad Suhaimi Ali, 27, (tiga, kiri), Firdaus Nordin (dua, kanan) dan Abdul Hadi Ramli (empat, kiri) bersama pegawai polis berada di lokasi mural dan potret lukisan pemimpin negara diconteng oleh pihak tidak bertanggun­gjawab di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12.
 ?? — Gambar Bernama ?? PADAM: Kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan kerja-kerja memadam mural dan potret lukisan pemimpin negara yang diconteng oleh pihak tidak bertanggun­gjawab di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12.
— Gambar Bernama PADAM: Kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan kerja-kerja memadam mural dan potret lukisan pemimpin negara yang diconteng oleh pihak tidak bertanggun­gjawab di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12.
 ??  ?? LEE LAM THYE
LEE LAM THYE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia