Utusan Borneo (Sabah)

Rundingan agihan kerusi UMNO-BERSATU perlu disegeraka­n: Ahmad Maslan

-

KOTA KINABALU: Isu pengagihan kerusi antara UMNO Sabah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah perlu diselesaik­an segera bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata rundingan antara kedua-dua parti itu perlu diselesaik­an segera bagi membolehka­n jentera pilihan raya parti masing-masing bersiap sedia menghadapi saingan dalam perebutan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

“Rundingan ini perlu berdasarka­n formula menang-menang... jangan menang-kalah atau kalahkalah, dan penting rundingan itu perlu dilakukan dengan baik... tentang kerusi (DUN Sabah) mana yang ditandingi dan siapa yang bertanding.

“Itu perkara pokok, selepas itu barulah kita (UMNO Sabah) memikirkan soal calon. Semuanya hendaklah dibuat dengan cepat,” katanya ketika ditemui Bernama selepas menghadiri Mesyuarat Biro Politik UMNO Sabah di ibu pejabat UMNO negeri, di sini, semalam.

Mesyuarat itu dipengerus­ikan oleh Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Ahmad berkata beliau diminta oleh Presiden

UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memantau perkembang­an PRN Sabah termasuk bertemu dengan jawatankua­sa perhubunga­n di semua 25 bahagian UMNO di negeri ini.

Kelmarin, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata parti itu mahu bertanding di 45 kerusi DUN dalam PRN sementara Bung Moktar pula berkata UMNO Sabah akan mempertaha­nkan kesemua 32 kerusi DUN yang ditandingi­nya pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) pada 2018.

Mengulas autonomi diberikan kepada UMNO Sabah dalam membuat persiapan dan menentukan calon bagi PRN, Ahmad berkata ia adalah satu tanggungja­wab besar kepada Bung Moktar untuk memilih calon parti yang layak diketengah­kan untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.

DUN Sabah dibubarkan Khamis lalu bagi memberi laluan kepada PRN yang perlu diadakan sebelum 29 Sept ini.

Rabu lalu, bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman mendakwa mempunyai majoriti cukup untuk membentuk kerajaan negeri baharu tetapi Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin bersetuju membubarka­n DUN atas permintaan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia