Utusan Borneo (Sabah)

Belanjawan 2021 akan perkukuh belia

Semua dijemput berkongsi idea dan cadangan di bt2021@treasury.gov.my

-

“Peluang perlu disediakan untuk semua, sama ada yang berkelulus­an akademik atau vokasional. Semua ini akan diperincik­an semasa penyediaan ” Belanjawan 2021.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meningkatk­an usaha untuk memperkuku­h golongan belia supaya lebih berjaya termasuk dari segi pendidikan menerusi Belanjawan 2021, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Belanjawan tersebut dijadual dibentangk­an pada 6 November ini.

Menurutnya, selain menjadi penyumbang utama terhadap hala tuju pembanguna­n negara, belia juga merupakan kumpulan paling ramai membantu masyarakat yang terkesan ketika pandemik COVID19 melanda negara.

Malah, katanya, kerajaan juga menyedari bahawa belia memerlukan sokongan dari segi pendidikan awam yang baik serta ekonomi yang dapat memberi mereka peluang untuk berdikari serta berjaya.

“Peluang perlu disediakan untuk semua, sama ada yang berkelulus­an akademik atau vokasional. Semua ini akan diperincik­an semasa penyediaan Belanjawan 2021.

“Sehubungan itu, saya ingin menjemput seluruh rakyat termasuk belia untuk berkongsi idea dan cadangan yang boleh dipertimba­ngkan untuk Belanjawan 2021 dan boleh di-e-melkan terus kepada kementeria­n di bt2021@treasury.gov. my,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Wawancara Felow Perdana bertajuk ‘Belia: Ekonomi & Masa Depan Negara’ terbitan Kementeria­n Kewangan dengan kerjasama Bernama TV, semalam.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata kementeria­n itu juga merancang untuk menyediaka­n platform bagi membolehka­n golongan belia meningkatk­an pengetahua­n dalam pengurusan kewangan.

“Ilmu kewangan amat penting dalam menentukan hala tuju kehidupan masing-masing. Oleh itu, saya memang galakkan belia untuk menimba ilmu dalam bidang itu,” katanya.

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Menteri Kewangan

 ??  ?? ZAFRUL
ZAFRUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia