Utusan Borneo (Sabah)

Kejar dapatkan Tun M sekadar bertegur ucapkan Selamat Hari Raya: Azmin Ali

-

KULIM: Tindakan Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali cuba mengejar dan mendapatka­n Tun Dr Mahathir Mohamad di Masjid Putra, Putrajaya Jumaat hanya sebagai ingin menunjukka­n rasa hormat beliau kepada bekas perdana menteri itu dan tidak harus dipolitikk­an.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Kanan merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri berkata ia bukan berkaitan politik sebaliknya sekadar bertanya khabar dan mengucapka­n Selamat Hari Raya Aidiladha kepada Dr Mahathir.

“Kita ini orang Islam dan orang Melayu serta rakyat Malaysia, kita bukan bersengket­a atau bermusuhan sehingga dendam antara satu sama lain. Saya orang muda perlu tunjuk hormat kepada insan yang lebih tua.

“Mungkin kita ada pandangan yang berbeza tetapi apabila di dalam masjid dan apa lagi pada Hari Raya Aidiladha, sudah tentu saya sebagai seorang yang jauh lebih muda daripada Tun Dr Mahathir, saya bertanggun­gjawab untuk bertemu dengan beliau mengucapka­n Selamat Hari Raya Aidiladha dan bertanya khabar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Korban Perdana Penggerak Komuniti Negara peringkat negeri Kedah di Padang Serai dekat sini semalam. Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Mohamed Azmin berkata tindakanny­a itu tidak harus dipolitikk­an meskipun pandangan beliau dengan Dr Mahathir berbeza pada masa ini memandangk­an bekas perdana menteri berkenaan seorang tokoh negarawan yang perlu dihormati.

Pada Jumaat, tular video pendek Mohamed Azmin mengejar Dr Mahathir dan ia menimbulka­n pelbagai persepsi masyarakat dan pihak tertentu.

Bagaimanap­un, di laman twitternya, beliau tidak meletakkan video itu tetapi hanya memuat naik gambar yang menunjukka­n beliau berjalan beriringan bersama Dr Mahathir.

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB PERTANYAAN: Mohamed Azmin menjawab persoalan petugas media ketika ditemui pada Majlis Korban Perdana Penggerak Komuniti Negara peringkat negeri Kedah di Padang Serai, Kulim semalam.
— Gambar Bernama JAWAB PERTANYAAN: Mohamed Azmin menjawab persoalan petugas media ketika ditemui pada Majlis Korban Perdana Penggerak Komuniti Negara peringkat negeri Kedah di Padang Serai, Kulim semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia